BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,181.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Haram!!!!

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
aku nak kongsi sikit satu pengalaman hidup yang betul2 terjadi..
sebelum tu aku nak minta maaf; kepada yang berkuasa nak buat peraturan, kepada yang makan cili akan terasa pedas, kepada kita yang mengelarkan diri kita islam sejati dan kepada kita yang berbangsa melayu...

2 minggu lepas, isteri aku telah di maklumkan oleh jiran aku yg beragama hindu bahawa ada seorang wanita melayu yg hamil 8 bulan ingin menyerahkan bayi yang di kandung kepada mereka.

tersentak aku bila dimaklumkan oleh mereka yang kandungan ini adalah anak luar nikah yang kedua. untuk makluman yang pertama telah di serahkan kepada keluarga punjabi dan sekarang telah berumur 2 tahun. terkedu aku bila dimaklumkan juga bahawa wanita yang berusia 22 tahun ini sanggup 'melepaskan' bayi kandungan sendiri kepada sesiapa yang boleh melangsaikan bil bersalin dan sedikit imbuhan sebagai ganti dia bercuti dari bekerja selepas bersalin.

memikirkan keadaan macam ni punya gila...isteri aku pun bertanya kepada jiran-jiran kami jika ada yang sanggup mengambil anak ini.
sanggup dalam erti kata biarlah bayi yang dikandung secara luar nikah ini walau asalnya keruh, tapi jangan akidahnya kelak di hitamkan lagi..

allahamdullilah...ada teman rapat isteri saya yang benar-benar kepingin menimang cahaya mata sekali lagi. beliau dah mencuba tapi tak berjaya, dan mengambil anak angkat rasanya adalah yang terbaik bagi keluarga beliau.

maka isteri saya dan teman rapat tadi terus bertemu dengan wanita yang di maksudkan...

berdasarkan temubual, wanita yang mempunyai kelulusan diploma ini berhijrah dari kampung. tinggal serumah dengan teman lelaki semenjak lulus dari ipts. apa yang mendukacitakan, air muka wanita ini sikit pun tak menunjukkan rasa aib, malu dan bersalah bila mengandung kali kedua. mungkin mangli dengan cara hidup 'kota' hingga lupa hukum hakam dan malahan keluarga di kampung langsung tak tahu keadaan beliau sekarang. dan jangan terkejut..keluarga beliau di kampung adalah dari yang kuat agamanya

setelah berbincang...teman rapat isteri saya sanggup mengambil bayi yang bakal dilahirkan...
cubaan dan dugaan bagi beliau bermula dari situ..

bagi kelahiran di hospital kerajaan...setiap pendaftaran perlu ada dokumen sijil nikah, kad pengenalan ibu bapa bayi. tiada dokumen berkenaan maka 'menjawablah' sesiapa yang berhajat nak bersalin di situ. walaupun kosnya rendah...tetapi itulah...telinga dan hati akan panas dengan cara layanan mereka bila di ketahui bayi yang bersalin itu adalah anak luar nikah, TERUTAMANYA yang berbangsa melayu. jadi tak hairan kalau kita sering di sogokkan dengan cerita anak baru lahir di baham anjing tepi jalan, atau di hurung semut tepi tangga masjid kerana itu jalan terbaik untuk ibu yang terkhilaf hidupnya..

maka berkelilinglah isteri saya dan teman baiknya berusaha menyelamatkan kelahiran bayi melayu ini. jika hospital kerajaan dengan kerenah birokrasinya...maka hospital swasta pun dengan krasi dan keras mahukan wangnnya di depositkan sebanyak 2-5k bagi menjamin kelahiran yang baik...
mendengar tingginya wang diperlukan...hampir putus asa teman rapat isteri saya...akhirnya bertemulah satu hospital yang sanggup menerima kelahiran sedemikian malah sanggup mengeluarkan dokumen kelahiran 'seadanya'...

tetapi tuan puan, adik abang kakak dalam CG ni jangan terkejut kenapa jumlah populasi melayu yang telah di tukar agama meningkat kebelakangan ini.
hospital ini sanggup menerima kelahiran anak demikian, malah sanggup 'adopt' bayi sedemikian kerana itu 'misi suci' mereka (dalam hal ini saya rasa anda semua tahu hospital jenis apa yang saya maksudkan)...ini kerana bagi mereka bayi yang lahir itu adalah baik fitrahnya...

disebabkan terdesak...maka hospital itu yang dipilih untuk kelahiran bayi tersebut. dan semalam lahirlah bayi tersebut di hospital tersebut....malah semasa kelahiran bayi berkenaan..terdapat 'agen-agen' yang sanggup 'membeli' bayi itu untuk di pelihara...
allahamdullilah....terselamat satu jiwa melayu dari di sesatkan..

cuma saya terkilan beberapa pekara..
kita sering mendabik dada bahwa kita ini islam...tapi betapa ceteknya islam kita...malah kita burukkan islam dengan tahu menghukum-neraka bagi yang jahat, syurga bagi yang beriman- maka yang bersalah itu kita hukum. dalam hal ini salahkan bayi yang bersalin dalam keadaan luar nikah hingga kita sukarkan kelahirannya dan kesudahannya hanya 'yang bukan islam' saja sanggup menerima kelahiran demikian?

adakah anak haram ini jijik sangat hingga statusnya layak di gonggong anjing tepi jalan dan dibuang dalam sungai dan jika bernasib baik, di umpat kelahirannya di hospital kerajaan? siapakah kita yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Dia, tetapi menidakkan qhadak dan qadar hingga mencerca kelahiran sedemikian?

jadi tujuan saya bercerita disini adalah jadikan ini sebagai renungan.
1. jika ada keluarga, sahabat, jiran yang dalam keadaan sedemikian, bantulah atas semangat saudara seagama. janganlah kita caci dia.
2. jika kita ada kuasa membuat peraturan, timbanglah keadaan semasa supaya jangan kita menganayia satu kelahiran yang terjadi atas kehendak Dia
3. jika ada agama lain berjaya menyebarkan pengaruhnya kepada umat islam melayu di sini, salahkan diri kita kerana kita sendiri yang telah 'mengkelabukan' indahnya Addin......
 
maceh TS..
tp aku tapaham la 'misi suci'..

aku tapaham btol ni..
 
Banyak kes macam ni sekarang......
Tapi kenapa terjadi hanya pada anak2 remaja melayu je??

Dunia Akhir Zaman...
 
xpatutnya kalau ada sesetengah pihak yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi yang disahkan statusnya sebagai anak luar nikah bersikap sebegitu rupa.....#:-S

patutlah banyak kes2 buang bayi....rupa2nya..ini salah satu faktor mengapa kes2 sebegini berlaku....

memang org Islam di negara ini hanya tahu menghukum sahaja....bukan mahu menolong ataupun memimpin saudara seIslam ke jalan yang lurus....kadang2..bosan dengan sikap org Islam di Malaysia....gaya macam bijak pandai perihal agama....tetapi sebaliknya...jahil dalam hal2 memimpin saudara sesama Islam sendiri....

harap2 saya masih mampu untuk menolong saudara seIslam saya...

dan berdasarkan pengalaman saya...remaja yg runtuh akhlak sehingga melahirkan anak luar nikah...mampu untuk berubah sekiranya terdapat pihak yang tidak trus untuk menghukum mereka....malah mereka bertaubat dan menjadi lebih baik daripada kita yang kononnya...tinggi ilmu agama....#:-S
​
 
xtau nk kOmen...
tp 2la ujian utk sapa yg telah
terlanjur wt perkara yg xspttnya berlaku...
kna amik iktibar atas prkara cmni yg
makin berleluasa skrg....
 
maceh TS..
tp aku tapaham la 'misi suci'..

aku tapaham btol ni..

kalau nak tau.. itu la spital kristian..

betul tak TT... tak perlu disorok, mmg itu hakikatnya...


bayi yang lahir, mmg suci fitrahnya, manusia yang disekelilingnya je yang terlalu mendabik dada kononnya suci, sesuci-sucinya.... tak sedar diri....
 
akibat hudud dibelakangkan.........
 
tatau nak cakap pe..
kat mesia skrg ni terlalu ramai anak luar nikah..
kesian kat diorang lahir tanpa bapa..
 
jika tajuk thread sudah anak haram.....apakah kita boleh 'melembutkan' definisi anak luar nikah? Pokok pangkal sekarang penerimaan masyarakat sekeliling, memang wajar masyarakat menghukum perbuatan pelaku dan bukannya si anak kecil yang tak berdosa tu.

Masalahnya, kerana dosa mak bapak budak, sekali dengan budak tu pun kena tempiasnya, ubah lah mind-setting kita selepas ini.
 
apa nasib anak luar nikah di akhirat kelak yerk....?

betul ke anak luar nikah nih orang kata, xleh kawin dan sebagainya....

 
Back
Top
Log in Register