BTC USD 81,597.6 Gold USD 4,003.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak datuk lagi ????

2

NEGARA

Anak Datuk bebas tuduhan bunuh

AH SAU ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar membebaskan Shahril yang dituduh membunuh anaknya.

ALOR SETAR - Seorang lelaki bertindak cuba terjun dari tingkat dua bangunan Kompleks Mahkamah Alor Setar semalam sejurus Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan tertuduh kes bunuh melibatkan anak perempuannya tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan pantas wartawan dan jurugambar berjaya menghalang niat Chee Ah Sau, 57, sebelum dia ditenteramkan ahli keluarga lain dan meninggalkan bangunan tersebut. Kejadian itu berlaku pada pukul 11 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan ahli perniagaan, Shahril Jaafar, 32, selepas mendapati tiada kes prima facie atas tuduhan membunuh eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap yang berusia 25 tahun ketika kejadian.

Mayat Gaik Yap ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh dan dirogol di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, tujuh tahun lalu.

Menurut Mohd. Zaki, mangsa didapati mati akibat luka di leher namun tiada langsung keterangan pihak pendakwa ia dilakukan oleh tertuduh.

"Pendakwaan terpaksa bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bagi membuktikan fakta itu seperti tertuduh tinggal berhampiran tempat kejadian dan keluarga tertuduh mempunyai sebuah kereta bercermin gelap yang dilihat dipandu laju semasa kehilangan mangsa.

"Namun ia tidak cukup kuat untuk mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan tersebut. Laporan DNA juga menunjukkan terdapat kehadiran orang ketiga yang terlibat dan oleh itu mahkamah mendapati pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh," katanya.



dah jadi mcm cite hindustan dah malaysia ni....

Malaysia boleh !!!!:eek::eek::eek:
 
934934_284270801719382_1449008174_n.jpg


tu je la yg hakim bole rumuskan...:((:)):))
 
makna kata boleh buat lagiii la....
rogol n bunuh 2 org punya kerja or lebih....
sorang lari....
sorang kena tangkap...
jumpa bukti ada 2 dna dlm tu...
kata bukti xcukup...sebab 1 lgi dna xkenal pasti n lari...
so xboleh cas kes..hahhaha...senang senanggg..
esokk buatt lagiiiiii...yahhooo

ingat lagi tak mcm 1 kes pegawai tu yg kerja di penbandaran di KL tu dgn model dari Perlis tu...(apa nama tah..)
sebab ada 2 dna, 1 xdapat kenal pasti....
terlepasss...senang nyaaa.
 
duit dowh..

peguambela kaw2 buat kerja..
 
mesti ada dendam nati..
 
dimanakah kecekapan polis msia yg dibanggakan selama ini@ sbb suspek ni anak datuk:-?
 
kalau betul dia yang bersalah harap dia insaf la

kat dunia boleh la terlepas
 
Back
Top
Log in Register