BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Buat Saiful Apek Sebak

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Anak Buat Saiful Apek Sebak


Saiful-Apek.jpg


Anak saya dicaci dan dihina di sekolah hingga prosiding kes selesai.

” Tetapi kedua-dua anak saya tidak pernah merungut atau mengadu apa yang mereka tempuhi hari-hari,” kata pelawak, Mohd Saifulazam Mohamed Yusuff, 43, atau Saiful Apek yang menceritakan trauma dihadapi keluarga apabila dia didakwa di mahkamah atas kesalahan membabitkan ganja.

Dalam temu ramah eksklusif bersama Berita Harian, Saiful Apek mengakui, sepanjang perbicaraan, hatinya gelisah memikirkan dugaan yang dihadapi dua anaknya

“Anak saya pelajar yang bijak, malah mereka dilantik sebagai pengawas sekolah. Apabila terjadi perkara ini,ia memberi kesan mendalam kepada mereka.

” Saya memahami perasaan mereka. Mereka cukup kuat melalui dugaan hebat ini. Saya juga pernah terdengar, anak bergaduh dengan rakan sekolah kerana tidak tahan dihina walaupun perkara ini dirahsiakan daripada saya.

“Apa yang membuatkan saya sebak, mereka tetap menganggap saya sebagai hero,” katanya.

Akhir bulan lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, dua tahun lalu.

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Dearah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Walaupun dibebaskan, masih ada kata-kata hina dan sindiran ditunjukkan kepadanya terutama dalam blog.

” Masih ada suara sumbang menyindir dengan perkataan yang menguris hati, malah ada yang mengatakan saya tidak serik-serik melakukan perkara itu.

” Ada pula menuduh sebab saya banyak wang, hukuman terhadap saya dilepaskan begitu saja. Sedangkan saya mengunakan saluran yang betul, iaitu undang-undang,” katanya yang memberi kerjasama penuh dalam kes itu.

Seperti mati hidup semula, Saiful Apek berharap peminat dapat menerimanya semula.

“Bukan perkara mudah apabila disabitkan dengan kesalahan ini. Saya kehilangan peminat dan ramai penerbit menjauhkan diri.

” Namun, semua itu saya anggap dugaan Tuhan dalam menguji manusia yang tidak pernah terlepas daripada berbuat salah. Selepas ini, saya lebih berhati-hati memilih laluan hidup dan jika masih ada yang mahu mengata, terpulanglah,” katanya reda.

Saiful Apek akui jika tidak kerana isteri tercinta, Roslina Abu Hassan, babak hitam melanda dirinya mungkin tidak tertanggung.

Luah hatinya, berkat doa isteri dan ketabahan anak, dia menjadi lebih kuat, selain sokongan peminat setia.

” Saya lemah semangat ketika itu hingga tak tengok langsung tulisan orang menghentam saya di blog. Sebagai pelawak, jiwa kami cukup sensitif,” katanya.





sumber : http://mynewshub.my/2012/07/10/saiful-apek-ayah-hero-kami/
 
satu je problem apek ni.. dia kantoi.. kalo dia xkantoi xde masalah... org lain rileks jer.. xde la smpai kantoi.. member mkn member kot.. haha,,,
 
buang yg keruh, ambik yg jernih.. sudah..sudahla.. apek.. bole tinggal apa yg patut.. umur makin meningkat...
 
satu je problem apek ni.. dia kantoi.. kalo dia xkantoi xde masalah... org lain rileks jer.. xde la smpai kantoi.. member mkn member kot.. haha,,,

:):):):):)

apa boleh buat..terima jelah...
 
Teguh

Segalanya sudah bermula
Ku hanyut dalam arus dunia
Hanya kerna pengertian
Engkau menanti

Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan

Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta

Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia

Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku

Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta

Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu

Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya kutanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu
 
yg penting igt org yg tersayang..lepas nih nmpk je benda haram tuh lari jauh2 apek..tgl je kwn2 yg dh rosak tuh.
 
Back
Top
Log in Register