BTC USD 85,713.5 Gold USD 4,159.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak angkat..

mint

Super Active Member
Messages
5,432
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
Salam kpd kwn CGrian ku sekelian..

aku ada kemusykilan berkenaan dgn anak angkat..:(

aku dan isteri bercadang nak amik anak angkat tahun depan..dan isteri aku telah bersetuju untuk menyusukan bayi itu.aku bercadang nak amik bayi perempuan dan isteri aku bercadang nak amik bayi lelaki

persoalan nya ialah isteri aku akan menjadi ibu susuan kepada bayi tersebut dan bayi tersebut telah menjadi muhrim kepada isteri aku.cuma aku terfikir, bagaimana kah status antara aku dgn bayi perempuan tersebut bila dia dewasa?..adakah aku akan dikira seperti muhrimnya juga kerana isteri aku telah menyusukan dia sejak kecil atau aku masih dikira bukan muhrim kepadanya?

tolong geng..aku dah tanya org lain diorang bagi 2 kesimpulan:

pendapat yang pertama; aku masih lagi bukan muhrim kepada bayi tersebut walaupun dia dewasa kerana dia bukan dari darah daging aku

pendapat yang kedua; aku dikira muhrim dia kerana ia sama seperti jika seorang lelaki mengahwini seorang ibu tunggal yg mempunyai seorang anak, anak itu menjadi muhrim kepada bapa tirinya walaupun setelah berpisah DENGAN SYARAT bapa tiri tadi telah bersama dengan isterinya.Tetapi jika bapa tiri tadi MASIH BELUM BERSAMA dengan isterinya tadi dan kemudian berpisah, maka anak kepada wanita itu tadi halal dinikahi oleh bekas suami wanita itu..

tolong bagi pendapat kawan-kawanku..#:-S
 
tanya la kpd yg arif bro....
 
Hak Muslim 12 Mac 2009-Anak angkat disusukan selepas usia 2 tahun bukan muhrim

Mar 12th, 2009 | By webmaster | Category: Soal Jawab Hak Muslim
SAYA dan suami ada mengambil seorang anak angkat kerana kami tidak mempunyai anak. Saya sudah menyusukannya beberapa kali. Saya pernah diberitahu bahawa anak itu boleh menjadi anak susuan dan saya diharamkan berkahwin dengan anak itu. Bolehkah tuan jelaskan perkara ini dan adakah undang-undang mengenainya yang boleh menjadi panduan kami suami isteri.
Ibu susu,

Selama, Perak.
Benar, jika seseorang wanita menyusukan seorang kanak-kanak ajnabi (bukan anaknya), maka anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami kepada wanita itu akan menjadi bapa susuan. Namun ia tertakluk kepada beberapa syarat tertentu yang akan dijelaskan.

Kesan hukum yang akan berlaku hasil daripada penyusuan itu ialah anak susuan haram berkahwin dengan ibu dan bapa susuannya dan juga daripada keturunan ibu dan bapa susuan iaitu adik beradik, anak, cucu kepada ibu dan bapa susuan.

Ibu dan bapa susuan juga haram berkahwin dengan anak susuan, seperti mana diharamkan berkahwin akibat keturunan. Anak kepada anak susuan juga haram berkahwin dengan anak kepada ibu dan bapa susuan.

Bagaimanapun, ibu dan bapa susuan serta keturunannya boleh berkahwin dengan ahli keluarga anak susuan yang lainnya kerana mereka adalah orang asing (ajnabi) kepada ibu dan bapa susuan serta keturunannya.

Ada beberapa syarat yang menjadikan anak susuan itu sebagai muhrim kepada ibu dan bapa susuan. Pertamanya, anak yang disusukan itu belum mencapai umur dua tahun. Jika lebih usia dua tahun, penyusuan itu tidak menjadikannya muhrim.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Anak susuan tidak menjadi muhrim melainkan disebabkan susu yang masuk ke dalam perutnya ketika menyusu. Ia hendaklah berlaku sebelum anak itu bercerai susu.”

Keduanya, kanak-kanak itu di susu dengan lima kali susuan berasingan. Sesuatu penyusuan itu dikira sebagai penyusuan yang berasingan atau tidak dengan melihat adat kebiasaan masyarakat. Jika anak itu berhenti menyusu kerana kenyang, ia dikira sekali susuan.

Tetapi jika anak itu berhenti menyusu kerana sendawa untuk mengeluarkan angin, kemudian kembali menyusu, atau dia bertukar daripada payudara ke payu dara satu lagi, ia dikira sekali susuan saja. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak menjadi mahram (anak yang disusukan) dengan hanya sekali atau dua kali susuan, sekali atau dua kali hisap.”

Penyusuan yang menepati syarat dinyatakan di atas menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan dan keluarga susuan. Hubungan ini mewujudkan golongan yang haram dikahwini (mahram).

Mereka yang haram dikahwini kerana hubungan penyusuan sama seperti mereka yang haram dikahwini kerana keturunan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana keturunan (nasab).”

Pengharaman ini ada dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Subseksyen 9 (3) enakmen itu memperuntukkan: “Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin. ”

Setakat ini tiada peruntukan undang-undang mengkehendaki anak susuan itu didaftarkan atau dicatatkan dalam sijil kelahiran mereka sebagai ‘anak susuan’. Mungkin pihak berkenaan boleh mengkaji perkara ini dan mengambil langkah susulan sewajarnya.

Ia bagi menjamin nasab keturunan umat Islam terpelihara dan jauh daripada unsur syubhah. Apa yang perlu puan dan suami lakukan, setelah puan yakin bahawa dua syarat dinyatakan di atas sudah dipenuhi dan anak itu menjadi anak susuan, maka puan dan suami perlu memberitahu saudara mara dan keluarga terdekat, supaya mereka maklum perkara itu.

Dikhuatiri nanti suatu hari kita menghalalkan perkahwinan antara keluarga susuan yang diharamkan Allah SWT.

Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang. Sila layari http :\\www.peguamsyarie.org.my.



sumber:http://peguamsyarie.org/?p=551
 
Last edited:
dah tanya..tp diorang bagi kenyataan mcm tu..itu yg aku nak tanya kat kwn2 CG kat sini lak..mana tau ada yg pernah berada dalam situasi aku..#:-S



yess..thanx bro...this is very meaningfull to me..hehe..maknanya, aku dah jadi muhrim dia la..

ok bro..selamat ber-anak...






jgn carik bini angkat sudah la :D
 
ok bro..selamat ber-anak...

jgn carik bini angkat sudah la :D

yg sorang ni pun aku kadang2 terkucil juga..ni kan pulak nak tambah 1 lagi..hehe..buat tambah terkucil 2 kali nanti..hehe:D:D
 
Back
Top
Log in Register