BTC USD 83,917.6 Gold USD 4,191.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amukan penagih

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
dok_rok_1576997462.jpg

ADNAN diiringi polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Norizuan Shamsuddin

Norizuan Shamsuddin
[email protected]

LELAKI didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana memecahkan cermin sisi kereta yang dipinjam oleh adik perempuannya daripada rakan, 17 Disember lalu.

Malah, tertuduh, Adnan Mohd, 39, turut berdepan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memecahkan cermin kereta model Proton Saga FLX dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kepada harta yang nilainya RM280.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukan di hadapan rumah di Kampung Tualang, Manir, di sini, kira-kira jam 9 malam, 17 Disember lalu.
Dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku sewaktu tertuduh berada di rumah dan dia mengamuk dengan menendang pintu bilik adik perempuannya yang berusia 19 tahun sehingga pecah.

Tertuduh kemudian menggunakan besi memecahkan cermin sisi sebelah kiri dan menyebabkan bumbung kereta yang dipinjam itu kemek.

Susulan kejadian menyebabkan adiknya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana bimbang mengenai keselamatan diri berikutan tertuduh adalah seorang penagih.

Tertuduh kemudian ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Manir pada jam 9.40 malam, hari sama.

 
Back
Top
Log in Register