BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT 'Amukan' Liverpool Dorong Suarez Minta Maaf

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
'Amukan' Liverpool dorong Suarez minta maaf

LONDON - Luis Suarez memohon maaf kepada Patrice Evra kerana keengganan berjabat tangan dengan pertahanan Manchester United itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu, malah dia turut ditegur oleh kelabnya yang berusaha untuk menjernihkan kekeruhan.

Pengurus United, Alex Ferguson sebelum ini menyifatkan tindakan Suarez sebagai sesuatu yang mengaibkan, sementara Ketua Persatuan Bola Sepak Profesional, Gordon Taylor menegur tingkah laku bintang Liverpool itu sebagai tidak menghormati dan memalukan.

Suarez akhirnya melahirkan rasa kesal terhadap tingkah lakunya sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

"Saya ada bercakap dengan pengurus (Kenny Dalglish) sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar yang saya telah melakukan kesilapan.

"Saya tidak sewajar membuatnya kecewa, begitu juga dengan kelab. Saya mohon maaf. Saya melakukan kesilapan dan saya menyesal dengan apa yang berlaku.

"Saya sepatutnya menyambut salam Patrice Evra sebelum perlawanan bermula dan saya mahu meminta maaf di atas tindakan saya itu.

"Saya juga mahu melupakan isu ini dan memberi tumpuan kepada bola sepak," kata Suarez menerusi laman web rasmi Liverpool.

Tindakan Suarez terhadap Evra dan keengganan pengurus Reds, Dalglish mengulas tingkah laku pemainnya itu sebaik tamat perlawanan mendorong pemilik kelab, John Henry memohon maaf kepada semua pihak. - AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/inf...n_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm
 
sape x bengang kalo sbb evra kna ban 8 match huhu yg evra g provoke suarez lpas game tu xde plak kna tindakan..
 
kalau si evra terlibat ngan orang pulak pasni mmg dia yg bermasalah...begitu jugak suarez...lantak korang la...isu KFC ni pon x setel lagi.. :D
 
salam n say ok fine... x lah susah sgt pun...

ego tu yg susah nak kikis bro....bengang x abes lagi..tp pakcik KD tu pon satu..klu xnak benda panjang xyah turunkan suazrez awal²..kan dah makin kecoh...seb baik big boss mmg cool :)paid:)paid
 
ah nih semua propa surat khabar jek... benda kecik2 lagi nak kecoh2.. kes john terry tu mcm mana?
 
8 game ban tuh...kebykkan orang tetap akan angin punya...tp yang pasti..suarez dah memohon maaf...
 
kalau aku la, sambung lagi provok biar kena 10 match, pastu sambung lagi kena 20 match, so dapat la gaji free, elaun je la kurang

kalau sebut awang hitam agak2 kena punish tak??
 
man u ni dah cam ada imunity tersendiri kat liga diorang :D :D
 
Back
Top
Log in Register