BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amuk kerana hamburger

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_06.1.jpg

SEORANG wanita (kanan) mengangkat sebaldi air
sebelum mencurahkannya ke arah kaunter pesanan
di sebuah restoran McDonald's di Kansas.

BANDAR RAYA KANSAS, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu seorang wanita yang mengamuk di sebuah restoran makanan segera McDonald's di sini selepas dia tidak menyukai hamburger yang dibelinya.

Menurut polis, wanita itu menyebabkan restoran tersebut mengalami kerugian ribuan dolar pada 27 Disember lalu kerana dia telah merosakkan beberapa barang di restoran tersebut.

Wanita itu berasa kecewa selepas kakitangan restoran tidak memulangkan semula wangnya selepas dia mengadu tidak menyukai hamburger tersebut.

Dia turut menuntut wang ganti rugi tetapi seorang kakitangan restoran enggan memenuhi permintaannya.

Polis menyiarkan rakaman video yang menunjukkan wanita itu mencurahkan sebaldi air ke arah kaunter restoran sebelum dia bertindak menolak tiga mesin juruwang sehingga jatuh.

Wanita itu memaki kakitangan restoran itu sebelum beredar. - AP
 
dah abes mkn baru die kate xsedap kot..tu yg xnk refund tu..haha
 
leh suka2 xsuka pulak... dah order mkn jer laaa... sengal tul pompuan nie...
 
Salam...hebat da...dah makan baru mintak refund hahahahaha..
 
beger dia x iap g kot :)
 
kesian pekerja kaunter tu...
 
Back
Top
Log in Register