BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amuk hutang RM10

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ALOR GAJAH: Hanya kerana hutang RM10, enam sahabat menjadi mangsa amukan sekumpulan 20 remaja bermotosikal bersenjatakan parang, pedang samurai, cota dan kayu di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, enam sahabat terbabit yang berusia antara 18 dan 25 tahun sedang duduk di luar pagar rumah apabila tiba-tiba didatangi kumpulan remaja lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dan mencari seorang rakan mereka yang dikatakan berhutang.

Kumpulan remaja yang bersenjatakan parang, pedang samurai, cota serta kayu tanpa berkata apa-apa terus menyerbu ke arah mereka yang bertempiaran lari masuk ke halaman rumah dan cuba menutup pagar.

Bagaimanapun, kumpulan remaja itu terus menghayun senjata ke arah semua mangsa.


Seorang mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Ridzuan Md Isa, 25, berkata, kumpulan remaja terbabit datang ke rumahnya secara berkumpulan dengan menunggang pelbagai jenis motosikal dan sebuah kereta Perodua Kenari.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AmukhutangRM10/Article/index_html
 
hahahahaha rm10 skrg ni dah sangat kecik x mcm dulu hahahahaha.
 
ni namanya ops scammer
 
haha..aku tak rasa rm10 ni mesti ada cerita lain ni..
 
aper gie lepak2 pagi2 buta nie buat apa dooooh...
 
melayu..
hal kecil jadi besar..
 
Back
Top
Log in Register