combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
AMK Gesa Dakwaan Abdul Hadi Disiasat Susulan Penafian Kedutaan AS - Kamil Munim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan Anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Perak (PSSGM) dan Perhimpunan Silat Anak-Anak Gayong Negeri Perak di Teluk Batik Campsite hari ini.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada beliau dalam usaha menjatuhkan kerajaan susulan penafian pihak kedutaan berhubung isu berkenaan.
Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim berkata kenyataan Presiden PAS itu amat serius kerana menyentuh cubaan pakatan melibatkan kuasa asing untuk meruntuhkan kerajaan.
"Kenyataan itu ialah kenyataan yang serius... seolah-olah ada percubaan pakatan di antara kuasa luar dan juga entiti tempatan untuk meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen... ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Jadi, apabila penafian telah dibuat oleh Kedutaan AS maka kita mahu pihak berkuasa mulakan siasatan dan lihat semula apakah dakwaan yang dibangkitkan itu benar atau sebaliknya... kalau benar, harus ada tindakan tegas serta-merta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Perak dan Perhimpunan Silat Anak-Anak Gayong Perak di Teluk Batik Campsite di sini hari ini.
Terdahulu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS David H. Gamble Jr menerusi hantaran di laman Facebook kedutaan berkenaan di sini memaklumkan negara itu tidak pernah cuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia, dan menyifatkan sebarang kenyataan yang bertentangan adalah palsu.
Semalam, Abdul Hadi ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kota Bharu, Kelantan mendakwa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan dan mengambil alih kerajaan ketika Barisan Nasional memerintah negara.