BTC USD 83,470.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

amcash guaratee 21

Green Apple

Super Active Member
Messages
5,393
Joined
Jun 2, 2010
Messages
5,393
Reaction score
29
Points
70
AMCash merupakan salah satu produk baru yang di perkenalkan oleh AMASSURANCE, di mana ia adalah anak syarikat AMBANK GROUP. Pihak Bank telah memperuntukan RM350 juta untuk melaksanakan pelan AMCash ini. Pelan ini juga mempunyai limitnya tersendiri. 80% dari RM350 juta adalah di peruntukan bagi Bumiputera dan 20% lagi adalah untuk bukan Bumiputera. Pelan ini juga menggunakan sistem lot di mana 1 lot mewakili RM10,000. Pelan ini juga mempunyai 7 fasa.

Untuk menyertai pelan ini amat mudah. Prospek hanya menyimpan jumlah yg dikehendaki di dalam akaun tetap AmBank. Paling minima adalah RM1,200 dan RM1,000,000 adalah maksima.

Sebagai contoh, prospek mahu menyimpan RM50,000 di dalam akau tetap secara tahunan. Pihak bank akan menyediakan dana perlindungan sebanyak RM500,000 iaitu bersamaan dengan 10 kali jumlah simpanan untuk pihak prospek.

Dalam AmCash Guaranteed 21 ini, terdapat 7 fasa dan semua kadar bonus adalah tetap dan terjamin. Fasa 1 (tahun 1-3) 8% setiap tahun, fasa 2 hingga fasa 6 (tahun 4-20) adalah 10% setiap tahun dan fasa 7 (tahun ke 21) adalah 42% setiap tahun. Yang menguntungkan, pengiraan bonus adalah berdasarkan jumlah perlindungan dan bukannya jumlah simpanan.

Sebagai ilustrasi, Fasa 1, prospek akan menerima RM40,000. Fasa 2, prospek akan menerima RM50,000 seterusnya sampai ke fasa ke 6. Fasa 7, prospek akan menerima RM210,000. Semua dana yang di nyatakan tadi boleh dibawa keluar setiap penghujung fasa-fasa tadi.

Selain daripada bonus yang terjamin di atas, pihak AmAssurance juga memberikan dividen di pengakhir setiap fasa. Terdapat dua jenis dividen :1) Dividen terkumpul (lebih kurang 6.5% dari keuntungan syarikat. 2) Terminal Dividen (4 - 5% dari keuntungan syarikat). Dividen-dividen ini adalah tidak tetap, bergantung kepada keuntungan syarikat.

Prospek harus menyimpan duit RM50,000 setiap tahun sehingga penghujung fasa ke 7. Duit simpanan prospek adalah tidak dibenarkan di bawa keluar sama sekali.

Di penghujung fasa ke 7, pihak prospek akan menerima sebanyak RM500,000 dan RM798,000 iaitu bersamaan RM1.3 juta. Seperti dinyatakan, sepanjang tempoh simpanan prospek akan menerima dividen dari pihak bank. Apabila di jumlahkan semula prospek mampu menerima lebih dari RM1.3 juta. Sekali lagi, dividen adalah bergantung kepada prestasi bsyarikat. Untuk makluman prospek, dividen serta duit simpanan prospek adalah dilarang di bawa keluar.

Selain dari itu, pihak AmAssurance akan menyediakan skim perlindungan secara percuma kepada prospek sebagai jaminan kewangan. Jikalau berlakunya kematian, lumpuh dan 36 jenis penyakit kronik terhadap prospek, pihak AmAssurance akan mengembalikan jumlah simpanan prospek berserta RM500,000 yang ditawarkan oleh pihak bank.

Untuk pengetahuan umum, pelan ini adalah berlandaskan hukum SYARAK di mana sumbernya di jamin bersih.

Untuk maklumat lanjut, prospek boleh menghubungi Firdee di talian *DELETED. Jikalau anda merasakan ini peluang yang terbaik, apa yang anda tunggu kan lagi??? Sertai sekarang...


MANE PEGI AMCASH ni?????????????dah takde ke?
 
ingtkn TT nak jual amcash.. :D
 
oo..AMCASH aku tak sure lah..

tapi biasanya product2 mcm ni, tak open lama..
kejap2 jek dia tutup... :)

then akan kuar product baru yg mirip2 mcm tu tapi dengan nama yang lain pulak....
 
lerrrr....:). berbelit2 aku baca..ingatkan tt la tiba2 dok promote
 
semua komisen agen am assurence dah kena beku sbb menyeleweng..sian adik member aku...
 
Aku dengar top group diaorg pun dah kena suspend....byk misleading...product insurance diorg kata investment
 
dgr cite...plg top tu dh masuk Unit trust plak..btul ke?

geng Amcash yg misleading ni..yg pkai kete plate no "26" tu ek? eh..ke "62".. ntah.. tp antara tu ar..

kete sume gempak2.. huu... tapi akhirnya kecundang.. ish..ish..
 
Back
Top
Log in Register