BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Ambil pemain IMPORT utk pasukan MALAYSIA???

Setuju atau Tidak Setuju Pasukan Bolasepak Malaysia menggunakkan pemain import????


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

sarawak_lineup

Super Active Member
Messages
5,217
Joined
Aug 25, 2008
Messages
5,217
Reaction score
107
Points
88
Thread ini dibuka kerana den tertarik dgn tulisan saudara Rizal Hashim dalam ruangan 'GARIS TEPI' dlm suratkabar KOSMO bertarikh 24/01/09

Guna khidmat awang import sebagai langkah jangka pendek

SELAMAT berjumpa kembali. Apa lagi kalau tidak bola sepak yang menjadi bahan berita akhir-akhir ini.Kekalahan 0-5 skuad negara kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu bukan satu kejutan besar.Kebetulan pada malam yang sama, pengacara TV3, Ally Iskandar mengutarakan tajuk Angan-angan 2018, sama ada mampu atau tidak pasukan negara layak ke Piala Dunia 2018. Sebenarnya, cita-cita murni untuk layak ke pentas tertinggi itu disampaikan kepada masyarakat menerusi media ketika urus setia FAM dikendalikan oleh bekas politikus, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.
Barangkali ia dibuat oleh FAM semata-mata untuk score points biarpun ia tidak realistik.

Saya tertarik dengan cadangan Ally yang antara lain menyaran agar mewujudkan liga antara perumahan, liga bawah 12 tahun, rebat cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif dalam bola sepak selain menaja seorang pemain remaja ke kelab di Eropah. Dalam hal ini, saya juga mahu menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbang kemungkinan menggunakan khidmat pemain asing untuk memperkuatkan pasukan negara sebagai langkah jangka masa pendek. Saya pernah menyuarakan pendapat ini kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah sejurus pasukan negara bimbingan Norizan Bakar dibelasah teruk dalam Piala Asia 2007.Baginda bagaimanapun tidak berminat. Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin juga kurang berminat dengan idea ini.Soalnya, adakah bakat yang dilahirkan menerusi sistem sedia ada mampu mewujudkan generasi berkaliber?

Isu ini bukan baru. Bahkan ia pernah dibincangkan ketika Kementerian Belia dan Sukan diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memantau perkembangan atlet asing seperti jaguh angkat berat kelahiran Medan, Hidayat Hamidon, penembak Ukraine, Irina Maharani dan atlet dari China, Yuan Yufang yang diberi taraf kerakyatan bagi membolehkan mereka menyertai Sukan Komanwel pada 1998.

Parlimen juga pernah membincangkan perkara ini apabila bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, menggesa badan induk itu mengikut trend semasa, dengan menyebut Qatar, Portugal, Switzerland, Poland dan Singapura sebagai contoh.Saya pernah mencadangkan agar penyerang Negeri SembilanChristian Bekamenga diberi taraf warga negara. Idea ini tidak mendapat sambutan. Tidak lama kemudian Bekamenga berhijrah ke Indonesia dan seterusnya terpilih mewakili pasukan Olimpik Cameroon.

Saya berbual dengan bekas jurulatih Iran, Heshmat Mohajerani yang terkejut menyaksikan persembahan pasukan kebangsaan pada Sukan Asia 2006 di Doha."Saya sanggup datang ke Malaysia dan menjadi jurulatih kebangsaan, tapi dengan syarat saya diberi hak membawa tiga pemain warga Afrika," katanya yang membimbing Iran menjuarai Sukan Asia 1974, layak ke Sukan Olimpik 1976 di Montreal dan muncul juara Piala Asia pada tahun yang sama sebelum layak ke Piala Dunia di Argentina pada 1978.Penggunaan warga asing sepatutnya boleh dipertimbang untuk jangka masa lima atau enam tahun sambil kita cuba mengkaji kaedah terbaik memperbetulkan sistem di akar umbi, struktur di peringkat daerah, negeri dan FAM sendiri.

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa bola sepak dekat di hati kita. Kalau tidak masakan stesen TV menggunakan bola sepak sebagai vehicle realiti TV seperti Soccerkids, MyTeam dan Soccer Stars.

Sebelum bola sepak kita terus tergelincir ke lembah paling hina, buatlah sesuatu.

Den setuju bebenor dgn suggestion ni....
kita x dpt lari dari hakikat bahawa...
seburuk mana pun bolasepak di negara kita..
ia masih merupakan sukan NO.1 negara...
kita masih mengharap, walaupun seringkali dihampakan...

x salah rasanya klu kita mencuba dlm jangka masa yg pendek...
mungkin 5-8 tahun...
lihat shj negara2 hebat pun tetap menggunakan pemain luar bagi menampung pasukan kebangsaan mereka...
disamping itu juga ianya dpt memberikan persaingan sihat dlm pasukan negara kita yg nampak terlalu lemah...
pemain2 seperti Cornelius Huggings, Nelson Sam Martin dan Marlon alex James ,Philemon chipeta ,Walter Ariel Silva, Mouhamodou Moustapha ,Keita Mandjou dan beberapa nama lagi..

Mungkin mereka mampu mengubah sedikit warna dan memberi sedikit sinar dalam bolasepak negara kita....
Dan mengubati luka yg sekian lama penyokong2 bolasepak MALAYSIA
​

Pemain terkini skuad Malaysia january 2009

Goalkeeper: Farliza Marlias (Perlis), Syed Adney Syed Hussein, (UPB-MyTeam), Syamsuri Mustaffa (T-Team)

Defence: Fauzi Nan (Perlis), V Thirumurugan, Shafizan Hashim (Kedah), S Subramaniam (Perak), Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Kaironnisam Sahabudin Husain (UPB-MyTeam), Aidil Zafuan Abdul Radzak (Negeri Sembilan), Daudsu Jamaluddin (Kelantan), Rosdi Talib (T-Team)

Midfield: Marzuki Yusof ( Terengganu), Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Hardi Jaafar, Amirulhadi Zainal (Selangor), Fadzli Shaari (KL Plus), Shukor Adan (Negeri Sembilan), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Ashaari Samsudin (Terengganu), Hairuddin Omar (T-Team)

Striker: Safee Sali (Selangor), Zaquan Adha Abdul Radzak (Negeri Sembilan), Norfarhan Mohamad (Kelantan), Norsharul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), Nizaruddin Yusof (Perlis)

(Nama yg. di highligth warna merah tu releven lagi ker main MALAYSIA???)
.
​


Bagi korang mcm mana???:-?:-?​
 
Last edited:
Zidane murah sikit kot nak bawak main untuk Msia...

Gaji org pencen jer....
 
ni lah payah pucuk pimpinan FAM takk dapat terima pembaharuan...masih gak Hang Tuah...Hang Jebat. Sekarang ni semua spiderman...incredible Hulk...superman. Diorang ni masih gak dengan taraf pemikiran cipan...adoiii...layan EPL lagi best. :D
 
Setuju, kalau liga je bagi player import main, wakil MALAYSIA teman tak suka, semangat dlm jiwa teman tetap kata dia warga asing walaupun main utk team Malaysia.... tambah kalau negro, mana maunye yob!
 
aku tgk ramai yg mempunyai bakat dlm sukan bola..
tapi FAM ni cam terlepas pandang..
 
Untuk mengukur prestasi Liga M sekarang berdasarkan prestasi pemain pasukan negara dari Liga M musim sebelumnya adelah tidak adil. Kene bentuk skuad baru dulu dan itu kene lihat prestasi semasa Liga M sekarang.

Ape yang B. Sathianathan cakap sebelum ni bahawa Liga M bukan bolasepak tidak lebih hanya untuk menutup kelemahan dirinya sahaja. Sebenarnya beliau sendiri tak menyumbang sebarang idea berguna pun pada FAM. Cakap je lebih, siapa-siapa pun boleh.

Ape pun kene tunggu sampai Liga M tanpa pemain import berlalu selama 2 tahun. Kene tengok boleh tak kita hasilkan pemain yang bagus TANPA kehadiran awang import selama 2 tahun.

Tahun ini nampak ketara pasukan bolasepak negeri kita terlalu bergantung pada pemain import. Baik defense atau offence, sume pincang abis tanpa pemain import. Contoh terbaik ialah Kedah.
Tapi okeylah tu, sekurang-kurangnya takde kelibat awang import yang asyik dominate scoring list pada musim-musim lepas. Buat menyakitkan mata aje.

And satu lagi yang aku tengok, jurulatih negara kita sejak 5-6 tahun lepas malas nak buat research tentang pemain di Liga M dan strategi. Suka-suka hati je pilih pemain. Sepatutnya, R&D dengan teliti dulu. Kene rajin datang tengok perlawanan bola sepak Liga M. Arkibkan rakaman-rakaman perlawanan Liga M untuk tujuan kajian. Baru boleh buat penilaian yang tepat.
 
aku rasa malaysia patut kikis sikap kewarganegaraan dlm skuad malaysia..dh mmg player kita serba kekurangan,apa salahnya kita bagi player asing yg ada taraf kerakyatan malaysia main tuk negara..jgn la mengamalkan sikap yg lahir di malaysia je bleh main tuk negara..sibuk mencari player yg lahir di malaysia kt luar negara...

tak silap aku player import perlis dulu berkahwin ngan rakyat tempatan..bagus je player tu.tk silap aku Chipeta kan?[betul ke ejaan aku tu]..bleh je nk panggil dia main..

FAM kena berfikiran terbuka la..dalam kes liga tempatan..elok liga ada player import dimansuhkan..sekurang2nya dengan adanya player import bleh la mengajar player tempatan cara @ mutu permainan dari negara lain..
 
player yang ada sekarang ni pun memang lembik kalau dibandingkan dengan player wanita brazil...:p takyah nak cakap lah bola sepak m'sia neh...:))
 
player yang ada sekarang ni pun memang lembik kalau dibandingkan dengan player wanita brazil...:p takyah nak cakap lah bola sepak m'sia neh...:))

:)):)) agreed!!

aku ase buka baliklaa player import tuk liga mesia nie..

buka tuk 5-6 org trus...baru player mesia xmnja nk cari tmpat dlm team skuad msing2...klo x smua dah brase mreke dah lyak duk dlm skuad msing2

xpon lg 1 ,g je anta player2 nie main kat liga uganda(jimat kos) :p:p:p
 
Back
Top
Log in Register