BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ambil botol minuman punca kemalangan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Keadaan kereta dipandu warga emas berkenaan yang sudah terbalik.
< 1 / 1 >
SEREMBAN - Akibat satu botol minuman, seorang warga emas menempuh detik mencemaskan apabila kereta Toyota Camry 2.2GX dipandu terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Munawir, di sini, berdekatan Pasar Besar Seremban, petang kelmarin.

Berdasarkan cerita wanita berusia lingkungan 60-an yang enggan dikenali itu, kejadian malang berkenaan menimpanya ketika dalam perjalanan pulang ke Nilai bersama seorang anak perempuan serta dua cucu, sekitar jam 6 petang.

“Kami baru selesai beli barang di bandar Seremban. Kalau diikutkan, semuanya nampak macam berjalan lancar dari awal hingga akhir.

“Tapi berlaku situasi luar dugaan masa menghala ke arah Lobak. Kereta yang kami naiki terlibat dalam kemalangan sampai terbalik lebih kurang 90 darjah,” katanya.

Berdasarkan penjelasan diberikan, dipercayai cubaan warga emas terbabit untuk mengambil botol minuman yang jatuh di kaki semasa memandu telah mengundang padah.

“Entah macam mana, tumpuan saya terganggu sekejap. Akibatnya, saya nyaris merempuh sebuah motosikal yang berada dalam laluan sama.

“Walaupun sempat mengelak, masalah lain pula menunggu. Sedar-sedar saja, kami dah melanggar dua kenderaan diletakkan di bahu jalan,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ambil-botol-minuman-punca-kemalangan-1.375739
 
Back
Top
Log in Register