BTC USD 81,656.5 Gold USD 4,131.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amber mahu saman

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: “Saya cuma ingin membantu merealisasikan impian mereka menjadi model antarabangsa, namun apa yang berlaku membantutkan semua usaha murni itu,” kata model terkemuka tanah air, Amber Chia, 27.

Pengasas Amber Creation Sdn Bhd itu berkata, pihaknya bercadang mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang rakan kongsinya kerana gagal menyerahkan bukti kontrak berhubung projek sebuah program realiti pencarian supermodel di Malaysia, sejak awal bulan lalu.

Beliau yang juga Penerbit Eksekutif dan mentor program realiti itu, berkata dia dan wanita berkenaan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh sebuah syarikat model antarabangsa di Amerika Syarikat untuk menghasilkan program terbabit di negara ini.

“Melalui perjanjian dipersetujui sebelum ini, saya bertanggungjawab menguruskan semua perkara berkaitan peserta (model) bermula sesi uji bakat manakala hal membabitkan penganjur dari luar negara pula berada di bawah tanggungjawab rakan kongsi.

Sejak ditawarkan menyertai projek itu pada 1 September lalu, dia (rakan kongsi) berjanji menyerahkan salinan kontrak kerjasama sebagai penerbit bersama untuk mengendalikan program itu.

Namun, sehingga ini, apabila ditanya soal kontrak, dia memberi pelbagai alasan menyebabkan saya keliru mengenai kesahihan program itu,” katanya pada sidang media di pejabat peguamnya di Plaza Damas di sini, semalam,

Amber berkata, dia sudah mengeluarkan RM100,000 untuk menyiapkan dua episod program merangkumi pembayaran urusan produksi termasuk perhubungan awam dan penggambaran episod ketiga sepatutnya diteruskan minggu lalu.

“Saya kini hanya mampu berharap dia menyerahkan segera salinan kontrak perjanjian itu bagi membuktikan program itu mendapat kebenaran syarikat model antarabangsa berkenaan.

“Jika mengikut persetujuan antara kami berdua sebelum ini, dia sepatutnya sudah membayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan pihak saya.

“Sekiranya dia masih enggan tampil menyelesaikan perkara ini, saya akan menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurutnya, dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan berikutan ia sudah menjadi impiannya sejak dulu untuk menghasilkan program televisyen seperti itu sekali gus mengetengahkan model tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa.
 
1_471773988l.jpg

AmberChia1.jpg

amber_chia.jpg


nie kan dia..:-?
 
saman jer........jgn tak saman.........
 
Back
Top
Log in Register