BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amazfit GTR 2e & GTS 2e Kini Di Malaysia - RM549

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Amazfit GTR 2e dan Amazfit GTS 2e telah dilancarkan di China sekitar Disember lepas. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi dan rekaan yang sama seperti pendahulunya. Tetapi, berbeza dari segi ketahanan bateri dan tidak dilengkapi sokongan untuk Wi-Fi.

Bagi yang berminat, kedua-dua jam tangan ini ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM549 untuk seunit. Terdapat tiga pilihan warna untuk Amazfit GTR 2e iaitu Slate Grey, Matcha Green dan Obisidian Black. Sementara, Amazfit GTS 2e pula hadir dalam warna Lilac Purple, Moss Green dan Obsidian Black. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas taluan rasmi Amazfit di Lazada dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan waranti selama satu tahun.

Untuk spesifikasi, Amazfit GTR 2e dilengkapi skrin 1.39-inci AMOLED (454 X 454), bateri sebesar 471mAh dengan ketahanan sehingga 24 hari (mod harian) atau 45 hari (mod asas), perlindungan kalis air 50 meter dan menyokong sejumlah sensor penjejak kesihatan dan mod sukan yang berbeza. Sementara, Amazfit GTS 2e pula mempunyai skrin 1.65-inci AMOLED, bateri 246mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari (mod harian) atau 24 hari (mod asas), sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan mod sukan berbeza , pelindungan kalis air 50 meter, NFC, Bluetooth 5.0 BLE dan sebagainya.

Dalam perkembangan berbeza, Amazfit turut mengacah kehadiran dua lagi jam tangan pintar terbaru di laman Facebook rasminya. Ia dikenali sebagai Amazfit GT2 Mini dan Amazfit GT2 E. Info lanjut mengenai peranti masih tidak diketahui lagi, namun imej acah yang dikongsi memperlihatkan rekaan yang sama seperti Amazfit GTS 2e dan GTR 2e. Ia bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan adakah model yang sama atau sebaliknya.

Sekadar selingan, bagi anda yang berminat untuk membeli Amazfit GTS 2 dan Amazfit GTR 2 pula. Kedua-duanya boleh dibeli pada harga RM699 untuk seunit menerusi sejumlah platform berbeza termasuklah Lazada dan Shopee.

AmazFit-GTS-2-GTR-2-5-950x534.jpg.webp
 
Amazfit GTS 2 Mini Berharga RM399 Di Malaysia

Jika sebelum ini ada berkongsi mengenai ketersediaan Amazfit GTS 2e dan GTR 2e untuk pasaran tempatan. Kini, satu lagi peranti boleh pakai daripada Amazfit telah mula dijual di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Amazfit GTS 2 Mini – sekaligus menjawab persoalan berkaitan poster acah yang dikongsi sebelum ini. Bagi yang berminat, Amazfit GTS2 Mini ditawarkan pada harga RM399 untuk seunit dan tersedia dalam tiga pilihan warna berbeza seperti Midnight Black, Sage Green dan Flamingo Pink. Ia ditawarkan secara eksklusif di Shopee bermula sekarang dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan waranti selama satu tahun. Amazfit bagaimanapun memaklumkan, ketersediaan unit adalah terhad.

Untuk spesifikasi, Amazfit GTS 2 Mini mempunyai rekaan berkotak yang sama seperti pendahulunya tetapi binaan adalah lebih nipis. Seterusnya, ia dilengkapi skrin 1.55-inci AMOLED (354 x 306 piksel), tubuh yang diperbuat daripada bahan aluminium dan bateri sebesar 220mAh. Ia juga menawarkan rintangan air sehingga 5ATM, mempunyai 70 mod sukan berbeza dan sejumlah lagi sensor penjejak kesihatan. Spesifikasi lain termasuk bluetooth 5.0 BLE, GPS + GLONASS, kawalan muzik dan kamera, NFC dan juga pembantu maya Xiao AI.

Amazfit-GTS-2-Mini-1-950x950.jpg.webp

Sumber asal https://shopee.com.my/Amazfit-GTS-2...Year-Malaysia-Warranty)-i.68425014.7471972037
 
Back
Top
Log in Register