BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran Puisi Tun Dr Mahathir

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,628
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,628
Reaction score
593
Points
81
Dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?

Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita

Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?

Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?

Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa

Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan

Puisi oleh: Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2000

hati2 ngan parti Dajjal Keadilan The Seeing Eye
 
:)) :)) :))

Kenapa la aku tergelak baca 'puisi' che det tadi? :-? :))
 
udah la tu... tua2 ni bawak la bertaubat...
 
rumah kata pergi...kubur kata mari..che det..che det..
 
Hampir separuh orang amno sekarang pengikut CheDet.. Klu jalan dier nih agak diorang nak follow saper..:eek:
 
mahathir bagi saya ialah manusia yang telah merosakkan agama islam di malaysia saya bertanggungjawab atas kenyataan saya ini di dunia dan di akhirat saya rasa ramai lagi yang akan menyokong pendapat saya yang benar lagi jitu ini

dah tu merepek lak dgn dia punya sajak yang mengarut lagi melalut
 
ape la korang...kite kena pikiran terbuka..jgn asyik taksub jee..
 
baik mati aje la che det nie..
 
Back
Top
Log in Register