eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Amaran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk membatalkan permit mana-mana pengusaha bas ekspres yang didapati menaikkan kadar tambang kini bagai diperlekehkan segelintir pengusaha berkenaan.
Ini kerana, masih banyak di kalangan pengusaha bas ekspres khususnya di Hentian Puduraya yang menaikkan harga tiket sewenang-wenangnya dengan alasan menampung kenaikan harga diesel.
Malah, rata-rata pembeli tiket yang ditemui memberitahu, penjual tiket juga telah mengambil kesempatan daripada cuti umum semalam untuk menaikkan harga tiket sehingga membebankan orang ramai.
Tinjauan semalam mendapati, harga tiket dari ibu negara ke Alor Setar naik kepada RM35, kenaikan sebanyak RM5 berbanding harga biasa.
Manakala harga tiket dari ibu negara ke Kuantan pula melonjak naik sehingga RM7, menjadikan harga tiket untuk ke destinasi itu mencecah sehingga RM25 berbanding RM18 sebelum ini.
Lebih memeranjatkan, seorang pembeli tiket, Zarina Husin, 29, memberitahu, rakannya telah terbeli tiket berharga RM30 dari ibu negara ke Ipoh sedangkan harga sebenar untuk ke destinasi itu hanya antara RM15 hingga RM17 sahaja.
"Hari ini (semalam) pula, bila saya beli tiket ke Alor Setar naik sebanyak RM3, menjadikan harga tiket kepada RM33 berbanding RM30 sebelum ini.
"Letih la macam ni, minyak naik harga, tiket bas pun ikut naik harga. Tapi nak buat macam mana sebab saya memang nak balik kampung, terpaksa la beli juga," katanya.
Akhbar semalam telah melaporkan tentang kenaikan harga tiket bas ekspres di seluruh negara yang mencecah antara RM5 hingga RM10 ekoran kenaikan harga petrol dan diesel sejak empat hari lalu.
Memang pengusaha/peniaga tak hairan dengan amaran...kalau dah kenaikan harga mendadak...business kena jaga dulu...tentang tindakan tu nasib ler sapa yang kena...lagi pun dia orang tau kalau kerajaan nak batalkan semua permit macam mana pula nasib rakyat yang nak guna bas...dia orang tak bimbang dengan ugutan macam nie...
apa kata pengusaha bas nie MOGOK SEMINGGU tak nak jalan...tengok macam mana kerajaan gabra...nak lagi best...buat serenatk...
BAS EKSPRESS....LORI IKAN...LORI SAYUR...LORI MINYAK...semua mogok serentak...tak yah seminggu...3-4 hari dah...boleh tumbang kerajaan...
Ops sita bas bermula - * LPKP lancar penyamaran * 7 permit bas ditahan
Oleh ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 8 Jun – Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengarahkan 100 pegawai dan kakitangannya melakukan kerja-kerja penyamaran hampir 24 jam di terminal-terminal bas seluruh negara sejurus selepas mendapat laporan ada pengusaha bas ekspres menaikkan tambang tanpa kebenaran.
Hasilnya, setakat tengah hari ini tujuh permit melibatkan enam syarikat bas disita di Johor sahaja akibat pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga tiket tanpa kebenaran.
Pengarahnya, Naimah Ramly berkata, dalam operasi berkenaan para pegawai LPKP bersama pegawai agensi lain akan mendekati penjual tiket bagi membeli tiket ke sesuatu destinasi tertentu untuk mendapatkan gambaran harga yang dikenakan oleh sesebuah syarikat.
Katanya, jika didapati berlaku peningkatan tidak sah dari segi harga, permit bas syarikat berkenaan akan disita berdasarkan Akta LPKP 1987.
“Pengusaha selepas itu akan diberikan surat tunjuk sebab dan selepas ia dijawab, pengusaha boleh dikenakan tindakan gantung atau pembatalan permit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini mengenai segelintir pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru yang didakwa menaikkan tambang mereka melebihi 40 peratus dengan alasan kenaikan harga minyak.
Tindakan tersebut membebankan pengguna yang terpaksa membeli tiket yang mahal itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.
Perbuatan itu juga dilihat banyak pihak sebagai menangguk di air keruh kerana pengusaha bas ekspres diberikan subsidi diesel oleh kerajaan demi memastikan kos pengangkutan awam di negara ini tidak meningkat.
Menurut Naimah lagi, bas-bas yang disita permit juga kata beliau tidak dibenarkan beroperasi sehingga kes mereka selesai.
Katanya, operasi penyamaran yang dilakukan dengan bantuan beberapa agensi lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dilakukan secara berterusan sehingga satu mekanisme pengawalan yang berkesan dapat dirumus.
Beliau berkata, LPKP melihat tindakan menaikkan harga tiket kini sebagai serius dan tidak mahu lagi bertolak ansur.
Jelasnya, pengamatan LPKP juga mendapati kebanyakan kes menaikkan tambang biasanya tidak berlaku di kaunter tetapi oleh ulat-ulat tiket yang berlegar di kawasan terminal.
TAHNIAH...KITA TUNGGU KESUDAHANNYA...JANGAN YANG INI JADI KAMBING HITAM SUDAH LER...ACAH2 SAJA

Last edited: