BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amarah alam semula jadi??

mr seo

Fun Poster
Messages
241
Joined
May 31, 2008
Messages
241
Reaction score
5
Points
15
KETENANGAN Lautan Pasifik Selatan yang membiru airnya terganggu pada 16 Mac lalu berikutan satu letusan gunung berapi dasar laut di perairan berhampiran negara Tonga.

Letusan kuat itu menyebabkan asap, wap dan debu menyelubungi kawasan sekitar perairan tersebut hingga ke langit. Pakar mengatakan letusan yang kerap dan bertalu-talu itu telah memuntahkan batu dan debu-debu hitam setinggi beratus-ratus meter ke udara.

Ketua Ahli Seismologi Kerajaan Tonga, Kelepi Mafi yang meninjau lokasi letusan itu baru-baru ini berkata, gunung berapi tersebut mempunyai dua lohong iaitu di Hunga Ha'apai dan sebuah lagi berada kira-kira 100 meter dari luar pesisir pantai.

Kandungan isipadu batu dan debu yang dimuntahkan daripada kedua-dua lohong itu telah memenuhi ruang antara keduanya. Ini secara tidak langsung menyebabkan pertambahan berat dan keluasan kepada pulau berkenaan kepada lebih beratus-ratus meter persegi.
ru_01.4.jpg


Gunung berapi dasar laut yang meletus itu, terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pulau utama Tongatapu. Dipercayai, sekurang-kurangnya terdapat 36 buah lagi gunung berapi dasar laut yang masih wujud di sekitar perairan tersebut.

Letusannya berlaku beberapa hari selepas satu gempa bumi sederhana melanda kepulauan itu. Akibatnya, ia telah memusnahkan kawasan yang kaya dengan pelbagai hidupan dan tumbuh-tumbuhan menjadi padang yang dilitupi debu-debu hitam dan tunggul pokok.

"Seluruh pulau itu musnah sepenuhnya. Tiada satu pun hidupan yang selamat. Apa yang tinggal hanyalah tunggul-tunggul pokok kelapa, selain bangkai burung dan ikan yang mati di dalam laut," jelas seorang wartawan radio tempatan, George Lavaka yang merupakan antara orang terawal melawat kawasan kejadian bersama sekumpulan pegawai, saintis dan individu berkaitan empat hari selepas letusan berlaku.

Lavaka juga sempat menceritakan pengalaman cemas yang dialaminya bersama anggota pelawat lain di mana ketika berada hampir dengan pulau tersebut, satu letusan kuat berlaku menyebabkan kesemua mereka terkejut dan tidak tahu hendak berbuat apa.

"Letusan kuat itu berlaku seiring dengan kepulan asap hitam besar yang datang ke arah kami sehingga salah seorang daripada kami menjerit agar enjin bot dihidupkan.

"Namun, kami bersyukur kerana kira-kira 30 meter sebelum ia menghampiri bot kami, asap hitam itu terus berhenti," katanya kepada Reuters.

Rentetan daripada peristiwa itu, pada Jumaat lalu (20 April), satu gempa bumi berukuran 7.9 magnitud sekali lagi melanda Lautan Pasifik yang menggegar dan mencetuskan ledakan gunung berapi di dasar laut berhampiran Pulau Tonga.
ru_01.5.jpg


Gempa itu berlaku pada pukul 7.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di 210km di barat daya ibu negara Tonga, Nuku'alofa, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (ASGS).

Kejadian seumpama itu menambahkan lagi kebimbangan pakar terhadap limpahan lahar dan pengeluaran debu yang berterusan.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan ialah tiada sebarang kerosakan, kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan akibat gempa yang dirasai kesannya sejauh 3,000km sehingga ke New Zealand.

Sejurus selepas gempa berlaku, pihak berkuasa turut mengeluarkan satu amaran kemungkinan berlakunya tsunami di kawasan yang berada dalam lingkungan 1,000km dari pusat gempa. Namun, setelah menunggu selama dua jam, amaran tersebut ditarik balik kerana tiada sebarang tanda berlakunya tsunami.

"Kami amat bertuah dan agak bernasib baik kerana tsunami tidak berlaku," kata Mafi kepada AP sambil memberi amaran bahawa gempa itu secara langsung mencetuskan ledakan gunung berapi kira-kira 10km dari pantai barat daya Pulau Tongatapu.

Situasi ini menyebabkan lebih banyak lahar melimpah dan debu bersemburan ke udara. Asap tebal dan wap menjulang setinggi 20km ke langit akibat kejadian gempa tersebut.

Satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas gunung berapi itu baru-baru ini dengan menggunakan bot di lokasi sejauh 3.2km dari asap yang menyembur keluar menunjukkan lahar dengan garis pusat 10 meter terbentuk dari dasar laut.

"Ia mengalir keluar terus dari perut laut," katanya, sambil menambah letusan ganas itu bermakna ia amat berisiko untuk dihampiri oleh sesiapa sahaja.
ru_01.6.jpg


Pihak berkuasa Tonga pula mengumumkan, tidak ada laporan kecederaan atau kerosakan berlaku terhadap 170 pulau di bawah jajahannya.

"Agak menakjubkan dengan magnitud yang begitu besar, tidak ada kerosakan dan kecederaan. Kami mungkin mati dengan mudah, jika sebaliknya berlaku," kata Komander Polis Nasional, Chris Kelly.

Sementara itu, seorang penduduk Nuku'alofa, Mary Fonua berkata, tiada kerosakan ketara yang wujud selepas gempa yang berlangsung hampir seminit itu tercetus.

"Terdapat banyak gegaran dan getaran ketika gempa berlaku. Ia berlangsung sehingga 30 saat dan apabila saya keluar, saya dapat lihat rumah itu bergegar selama lebih kurang 30 saat lagi. Bekalan elektrik dan talian telefon juga langsung tidak terjejas.

"Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat). Dan
bumi telah mengeluarkan benda-benda berita (yang dikandung)-nya. Dan
manusia bertanya: Mengapa bumi (jadi begini)? Pada hari itu bumi
menceritakan beritanya. Karena sesungguhnya Tuhanmu telah
memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia
keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya
diperhatikan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa
yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarrah-pun, niscaya dia akan
melihat (balasan)-nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan
seberat dzarrah-pun, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya pula."
(Az-Zalzalah; 1-8).

Dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Abu
Hurairah Radhiyallahu Anhu, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa
Sallam, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum ada dua golongan besar
berperang hebat, padahal keyakinan keduanya sama."
Kiamat tidak akan terjadi sebelum dicabutnya ilmu, banyak gempa,
waktu (terasa) saling berdekatan, banyak huru-hara dan banyak
pembunuhan. Kiamat tidak akan terjadi sebelum munculnya dajjal-dajjal
pendusta hampir tiga puluh orang banyaknya, masing-masing dirinya
utusan Allah. Kiamat tidak akan terjadi sebelum ada seorang lelaki
melewati kuburan orang lain lalu berkata, "Alangkah baiknya andaikan
menempati tempatmu."

:D
 
Aku rsa klu tsumani sekali lg berlaku..malaysia mungkin tenggelam cam2 jek.
dah la kecik jek..:(
 
Back
Top
Log in Register