eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Resort serba mewah sajikan suasana intim untuk pengantin baru
DI TENGAH lautan Sulu di antara puluhan pulau di wilayah Palawan di Filipina, ada sebuah pulau yang tersembunyi. Dikelilingi lautan biru yang jernih, pulau ini juga dikurniakan sinaran matahari sepanjang tahun, pantai pasir putih bak salju dan kehijauan alam semula jadi disekitarannya.
Pulau Pamalican lokasi ideal untuk sebuah resort yang menawarkan penginapan serba mewah lagi ekslusif serta kegiatan riadah yang menarik di bawah dan di atas permukaan air. Ia khusus bagi mereka yang mahukan ketenteraman untuk bersantai atau percutian romantik.
Perjalanan kami ke pulau itu bermula dari kota Singapura menuju bandar Manila. Seperti bandar-bandar utama di dunia, ibu kota negara Filipina itu terkenal dengan kesibukan lalulintas dan pergerakan penduduk yang tampak tiada hentinya.
Dari lapangan terbang Ninoy Aquino di Manila kami dijemput dan dibawa ke sebuah terminal privet untuk menaiki pesawat menuju ke arah selatan. Sekitar sejam penerbangan dari Manila kami mendarat di Pulau Pamalican.
Pulau berukuran 90 hektar ini dikelilingi pantai pasir putih, lautan biru dan tujuh kilometer persegi terumbu karang. Di sinilah anda akan bertemu Amanpulo, satu-satunya resort yang paling ekslusif di Filipina dan satu-satunya resort yang mempunyai lapangan terbangnya yang tersendiri.
Layanannya juga amat istimewa. Ketibaan kami di pulau itu disambut kedua-dua pengurus resort tersebut yang juga pasangan suami isteri - Nick dan Christine Juett. Dari lapangan terbang kami terus dibawa ke kamar yang sedia menanti - tidak perlu beratur untuk mendaftarkan diri seperti kebanyakkan hotel atau resort yang lain.
Amanpulo yang membawa maksud pulau aman dalam bahasa Tagalog menjanjikan pengalaman percutian amat unik. Bagi anda yang inginkan lokasi yang privet, sunyi dan eksklusif, inilah destinasi untuk anda. Resort ini juga menawarkan konsep penginapan yang agak berbeza jika dibandingkan dengan resort lima bintang yang lain. Tumpuan utama resort ini adala memberikan kemudahan serba mewah lagi selesa dan suasana yang privet bagi para tetamu.
PENGINAPAN EKSKLUSIF
Amanpulo menawarkan Villa Mewah yang boleh anda nikmati pada kadar US$3,500 ($5,000) semalam. Setiap villa dikelilingi empat kamar tidur, sebuah pavilion untuk tetamu, ruang makan dan di tengah-tengahnya terletak sebuah kolam renang privet. Seorang tukang masak dan pembantu rumah juga sedia menanti untuk memberikan khidmat.
Selain penginapan jenis villa, Amanpulo mempunyai lima penginapan yang dinamakan Hillside Casita. Terletak di atas bukit, HillSide Casita ini menawarkan ruang kamar tidur dan kamar mandi yang luas. Tidak kurang juga kemudahan serba mewah seperti televisyen LCD sebesar 36-inci lengkap dengan saluran satelit, alat sambungan iPod dan verandah yang luas lagi privet. Dari halaman luar pula, anda berpeluang menikmati keindahan pemandangan di sekitar pulau Pamalican. Tidak hairanlah Amanpulo merupakan tarikan eksklusif untuk pasangan yang sedang berbulan madu.
Bagi anda yang ingin bersantai di tepi pantai, anda boleh memilih penginapan jenis Beach Casita. Teratak mewah ini terletak hanya beberapa tapak dari pantai putih. Kadarnya bermula dari US$750 semalam. Tidak kira apa jenis penginapan yang anda pilih Amanpulo menawarkan pemandangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
LOKASI INTIM
Amanpulo menawarkan pengalaman percutian yang privet. Biarpun resort ini hampir penuh dengan tetamu jarang sekali anda terserempak dengan tetamu-tetamu lain. Ini kerana resort ini menawarkan sudut-sudut yang privet lagi romantis untuk para tetamu khususnya mereka yang sedang berbulan madu.
Salah satu dari sudut romantis ini dinamakan Gary's Nest. Terletak di bahagian utara pulau ini, Gary's Nest sebuah kawasan bukit batu di tepi pantai, di sini para tetamu boleh bersantai sambil menikmati suasana matahari yang sedang terbenam, mengadakan piknik atau barbekiu secara privet.
Bagi anda yang gemarkan riadah yang aktif, Amanpulo menawarkan pelbagai pilihan di laut dan di darat. Resort ini menganjurkan dua kegiatan menyelam atau 'snorkeling' setiap hari. Ia peluang baik untuk para tetamu menikmati keindahan alam dan kehidupuan di bawah permukaan air. Bagi mereka yang lebih selesa bersantai di darat, Amanpulo juga menawarkan khidmat spa yang lengkap.
Inilah antara faktor yang membuat pasangan seperti Encik Stijn dan Hema Welkers untuk kembali ke Amanpulo. Pada hujung tahun lalu, pasangan itu menganjurkan majlis persandingan mereka di resort tersebut.
Kami tertarik dengan layanan yang diberikan di resort ini, ia menawarkan ketenteraman, kesunyian dan suasana yang intim," kata beliau.