BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalan Sunat Hari Raya Aidiladha

akmal_tawau

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,179
Paid Membership
Joined
May 7, 2009
Messages
20,179
Reaction score
238
Points
123
Amalan yang disunatkan pada Hari Raya Aidiladha
Saya copy dari blog. Bagi yang sedang menunaikan haji sudah tersedia macam2 amalan yang boleh dilaksanakan. bagi kita yang belum berkesempatan, selain menjalankan Qurban bagi yang mampu boleh juga apply spt di bawah ni:

Di dalam Islam hanya ada dua perayaan yang disyariatkan, iaitu Iedul Fitri dan Iedul Adha. Anas bin Malik r.a berkata, “Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, ‘Saya datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; (aitui)Iedul Adha dan Iedul Fithri’.” (Shahih, riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)
Berikut ini beberapa amalan-amalan sunnah dilakukan pada hari raya:

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya.. .

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian yang tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru!!

3) Menjamah makanan sehingga pulang.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya iedul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)


6) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama….
 
Sama-sama kita amalkan.. Tq
 
permulaan yang baik utk melakukan solat sunat aidilfitri & aidiladha..
tq tt!~
 
thanks TT untuk info yang berguna.


 
Sronok tgk anak2 muda ramai2 tlg qurban.
 
Amalan Terbaik pada Hari Raya Korban

Amalan korban (udhiyah) adalah ibadah yang sangat dianjurkan dalam Islam, terutama pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, terdapat beberapa adab, syarat dan tatacara yang perlu diperhatikan agar amalan korban dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat pahala yang maksimum.

Berikut adalah panduan amalan korban mengikut sunnah:



1. Niat kerana Allah
• Niat hendaklah ikhlas kerana Allah SWT semata-mata, bukan kerana adat atau riya’.
• Niat boleh dibuat dalam hati ketika hendak menyembelih atau ketika mewakilkan kepada orang lain.



2. Waktu pelaksanaan korban
• Bermula selepas solat sunat Aidiladha (10 Zulhijjah) hingga sebelum Maghrib pada 13 Zulhijjah.
• Menyembelih sebelum solat Aidiladha tidak dianggap korban, hanya daging biasa.



3. Haiwan korban yang sah
• Binatang ternakan: unta, lembu/kerbau, kambing atau biri-biri.
• Cukup umur:
Unta: 5 tahun
Lembu/Kerbau: 2 tahun
Kambing/Biri-biri: 1 tahun (atau 6 bulan jika cukup besar)
• Bebas dari kecacatan serius (spt buta sebelah mata, tempang teruk, terlalu kurus).



4. Sunnah menyembelih sendiri (jika mampu)
• Nabi SAW menyembelih korban sendiri.
• Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya yang paling utama pada hari-hari ini ialah menumpahkan darah (binatang korban), maka hendaklah kalian melakukannya dengan tangan sendiri…”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)



5. Menyebut nama Allah ketika sembelih
• Dengan menyebut: “Bismillah, Allahu Akbar”.
• Boleh menambah:
“اللهم هذا منك ولك، تقبل مني”
(“Ya Allah, ini dari-Mu dan untuk-Mu, terimalah dariku.”)



6. Adab ketika menyembelih
• Mengasah pisau hingga tajam supaya tidak menyiksa haiwan.
• Menyembelih dengan cepat dan tidak di hadapan binatang lain.
• Menghadapkan binatang ke arah kiblat.
• Rebahkan binatang dengan lembut dan penuh rahmah.



7. Pembahagian daging korban
• Dicadangkan dibahagi kepada tiga bahagian:
1. Sepertiga untuk fakir miskin
2. Sepertiga untuk hadiah kepada sahabat dan jiran
3. Sepertiga untuk diri dan keluarga sendiri

Catatan
: Untuk korban nazar atau wajib, semuanya perlu disedekahkan dan tidak boleh dimakan oleh pewakaf/pewakil.



8. Larangan ke atas orang yang berkorban
• Disunnahkan untuk orang yang berniat melakukan korban agar tidak memotong rambut dan kuku dari 1 Zulhijjah hingga selepas haiwan dikorbankan.
(Riwayat Muslim)



9. Korban atas nama orang lain
• Harus melakukan korban bagi pihak ahli keluarga, termasuk yang telah meninggal dunia jika diizinkan atau diniatkan sejak awal.
• Nabi SAW melakukan korban atas nama dirinya dan keluarganya.



10. Berdoa dan bertakbir selepas korban
• Banyakkan takbir, tahmid dan doa sepanjang hari-hari Tasyriq.
• Zikir ini adalah sunnah yang sangat dianjurkan.



Amalan korban adalah ibadah mulia yang sangat ditekankan dalam sunnah Nabi SAW. Ia bukan hanya menyembelih binatang, tetapi juga manifestasi ketakwaan, pengorbanan, dan kasih kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Daging-daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya…”
(Surah al-Hajj: 37)

 
Takbir Muqayyad
Takbir-Muqayyad.jpg
 
Back
Top
Log in Register