BTC USD 84,502.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalan Memagar Diri/Rumah

aqhaziq

Active+ Member
Messages
3,050
Joined
Jan 21, 2008
Messages
3,050
Reaction score
161
Points
33
Memandangkan rumah aku dijangka siap tahun ni (insya-Allah), so aku wat la search pasal amalan memagar rumah ni. ada gtak baca dlm buku ust Harun Din & ust Amran Kasimin pasal mende ni...
kalau kawan2 ada kaedah selain dr yg di nyatakan sudilah kiranya postkan kat sini ye. TQ


1.
Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.

Waktu:

Selepas solat Maghrib, seelok-eloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti tahiyyat awal dan mengadap ke kiblat.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4. Ulangi perbuatan (3) tetapi untuk kali kedua, bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula. Seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5. Untuk permulaan, amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja kepada Allah Yang Maha Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri, dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak berjumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yang masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).

Pengalaman saya sendiri pernah terjadi beberapa tahun yang lepas ketika berhenti makan di sebuah pekan di kawasan tengah Selangor, semangkuk mee bandung yang saya pesan tiba-tiba meletup di atas meja sebelum sempat dijamah. Saya tak tahu kenapa tetapi selepas itu dari teman-teman mengatakan tempat itu memang kawasan hitam orang melepaskan santau...Wallahualam. Hanya Allah jua yang mengetahui.

SUMBER

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

2.
“Memagar” rumah merupakan satu keperluan terutama kepada sesiapa yang sering diganggu oleh makhluk2 halus. Tidak kiralah makhluk halus jahat yang sukarela, ataupun jin yang di upah untuk tujuan2 tertentu.


PERSIAPAN MEMAGAR RUMAH

Sebaiknya sebelum amalan pagar rumah, hendaklah dibuat solat hajat 2 rakaat. InsyALLAH kita mungkin diberi ilham sekiranya rumah yang diduduki mempunyai:

1. Barang yg dipuja – contohnya tulang bangkai dari perang Jepun dan dipuja pada masa dulu sebelum ditimbus menjadi tapak rumah
2. Bahan sihir yg di tanam – contohnya ada orang yg mendengki cuba meletak barang sihir dalam kawasan rumah untuk menganggu ketenteraman penghuni rumah

Sekiranya barang2 tersebut tidak dibuang, dinding rumah boleh bocor. Tetapi keadaan masih boleh diperbaiki dengan bacaan2 tambahan


AYAT2 MEMAGAR RUMAH (Sekali Buat)

Sebaiknya, rumah di pagar dengan cara membaca surah Yassin 21x selama 7 hari, dan dibaca di tengah rumah. Tetapi sekiranya sukar dilakukan, ulangan yang lebih rendah ialah Yassin 7x selama 7 hari.

Untuk satu kes di mana, pesakit tiba2 muntah darah, amalan Yassin 7x selama 7 hari dilakukan. Pesakit dipercayai terkena sihir ilmu orang Asli ketika makan di pejabat. Amalan ini, alhamdulillah mempunyai dua kesan:

1. Pesakit ”nampak” ramai ”orang” cuba memasuki rumah tidak dapat masuk
2. Luka-luka pada perut pesakit mulai pulih, namun pesakit perlu juga elak makan limau, cili selain mengambil gel Gamat

AYAT2 MEMAGAR RUMAH (Hari2 Kena Buat)

Selain Yassin, boleh juga diamalkan Al-Baqarah 1-10 setiap pagi dan setiap petang. Jadi hari-hari SETIAP PAGI DAN PETANG kena baca, BUKAN SEKALI.

Dan sekiranya ada barang2 yg tertanam, yang boleh membocorkan pagar, hendaklah ditambahkan dengan As-Soffat ayat 1-6.


MELEPASKAN KELUAR JIN2 TERPERANGKAP

Adakalanya jin2 yang terperangkap di dalam rumah akan cuba menarik perhatian kita dengan bermain pintu ketika kita solat sebagainya. Ada kes juga di mana perawat terasa kaki kanannya digosok2. Untuk kes2 jin yg terperangkap, disyorkan baca Yasin 45 3x dan niatkan supaya jin2 yg terperangkap terlepas keluar

Mengikut pengalaman perawat, Yassin 45 3x boleh juga digunakan untuk ”menutup” bumbung sekiranya ada bunyi2 ganjil dibumbung setelah kita pagarkan dengan ayat2 Al-Baqarah 1-10. Ini biasanya akan menyebabkan jin2 yg di atas bumbung terperangkap dan mungkin besar nazak, insyALLAH. Tetapi biasanya bunyi2 di bumbung akan semakin kuat sebelum semakin perlahan.

sumber

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

3

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu
ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan
dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.
Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa
dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca
ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa
demi untuk keselematan kita semua.

Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.




Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk
kelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula.
Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki
rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu.
Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan
dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk
anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja
untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah)..

sumber

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
4 ---------> Cara ni sama dgn cara ust HArun DIn

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
• Ini tembok Nabi Sulaiman
• Dalamnya laut luarnya kota
• Kalau kamu pecah kota ini
• Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

fathihah.jpg

yasin1to9.jpg


Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

Sumber

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

AMALAN MEMAGAR DIRI

Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’”
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya” [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian ditelah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalai peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.

forum sebelah

SEKIAN.
kalau ada sila tambah ye.......
 
Last edited:
thanks for the info..kebetulan mmg tgh memerlukan info ini utk seorg kawan yg sedang diganggu saka famili nye..
 
4 ---------> cara ni sama dgn cara ust harun din

kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
• ini tembok nabi sulaiman
• dalamnya laut luarnya kota
• kalau kamu pecah kota ini
• kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-fathihah dan surah yasin dari awal hingga ayat ke 9.

fathihah.jpg

yasin1to9.jpg


kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, air yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, air yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran allah. Allahuakhbar.

sumber

sekian.
kalau ada sila tambah ye.......

cara ni tok aku pernah buat...mmg pencuri tu terkapai2 dan berenang...cuma satu pantang..jgn cuba sentuh org tu..kalau nk sentuh..kena cari 3 atau 5 org...terus ikat dan bawa ke balai atau belasah sampai.....
 
salam, ada sesapa tahu mcmana rupa teras kayu asam jawa ?

lg satu klau mlm2 kita dngr mcm bunyi guli dileret, itu ganguan ker ?
 
salam, ada sesapa tahu mcmana rupa teras kayu asam jawa ?

lg satu klau mlm2 kita dngr mcm bunyi guli dileret, itu ganguan ker ?

teras tu kat tgh2 batang kayu la, cuma dia keras la. kalau xde teras, ia lembut (krn ada empulur).
bunyi guli? kalau tiap2 mlm dah bukan bunyi guli rasanya....
 
cara ni tok aku pernah buat...mmg pencuri tu terkapai2 dan berenang...cuma satu pantang..jgn cuba sentuh org tu..kalau nk sentuh..kena cari 3 atau 5 org...terus ikat dan bawa ke balai atau belasah sampai.....

terima kasih kerana berkongsi cerita. kalau sorang2 sentuh jadi mcmana plak? adakah kita juga akn lemas sama?
 
Back
Top
Log in Register