BTC USD 84,805.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Amalan Bertakbir di Hari Raya **

xsweat

Active Member
Messages
2,102
Joined
Apr 25, 2011
Messages
2,102
Reaction score
229
Points
33
Amalan Bertakbir di Hari Raya

Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang disyariatkan Bermula sebaik sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal ) dan berakhir sehingga imam selesai berkhutbah di pagi Syawal. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah : 185

Ketika seluruh kaum keluarga berkumpul beramai-ramai pada malam hari raya, ramai yang melupakan anjuran bertakbir. Kita lebih selesa menonton rancangan –rancangan hiburan di kaca televisyen, tidak kurang juga yang berkesempatan berkaraoke sehingga larut malam. Jika ditinjau di masjid-masjid sebenarnya tidak ramai yang memanfaatkan peluang yang ada menyertai jemaah malaungkan kalimah agung yang suci ini.

Satu perkata yang perlu ditekankan juga ialah anjuran Rasulullah agar Umat Islam bertakbir dengan suara yang lantang ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri walaupun kebanyakan Umat Islam memandang remeh sunnah ini. Bertakbir dengan cara sebegini antara lain sebenarnya bertujuan menyerlahkan keagungan syiar Islam di samping menjadi contoh kesepakatan umat Islam di mata masyarakat bukan Islam.

Salam Aidilfitri buat warga CariGold. Mohon maaf dipinta atas salah dan silap dari saya.
 
bump menjelang AidilFitri yang bakal tiba..
 
Back
Top
Log in Register