BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalan-amalan pahala besar (ilmu penting!)

Ustaz Kazim ada mengajar,

Jika kamu dizalimi,
maka doa kamu sangat mustajab.


Maka berdoalah untuk diri kita,
"Ya Allah, aku ni dizalimi, aku ni dibuat macam2,

kau ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah,
dan Kau anugerahkanlah untukku masuk ke dalam Syurga Firdaus dengan rahmatMu Ya Allah, tanpa hisab dan tanpa azab".


Dan Kau murahkanlah rezeki aku Ya Allah.

Tanpa kita sebutpun orang yg zalim pada kita.
 
Last edited:
Ada org jawab Allah uji kita sebab nak tengok kita mampu tak mampu,
betul tapi tak tepat.

Sebenarnya,
Allah nak suruh kita kembali kepadaNya.
Yang Maha Kuat.

Dan dia sedang persiapkan sesuatu yg terindah di sebalik ujian.

Takde satu luka pun yg sia-sia walaupun luka itu kita tak suka.
Berdamailah dengan takdir. Kita ikut kehendak Allah yg takdirkan ujian kpd kita.
Bersangka baik kpd Allah sebaik2nya. Hidup cuma 60-70 tahun. Jika bertakwa (redha, sabar, memaafkan, doa yg baik2), dapat ganjaran kekal selama2nya. Iaitu syurga dan nikmat2nya.

Kata maulana,
Aku mencintai masalahku kerana yg memberi masalah (ujian) itu sgt mencintaiku.
Dan yang memberi itu pastinya yg Maha Mencintai iaitu Allah swt.
 
Syukur kerana kita dipilih Allah jadi orang Islam



Minit 2.25
Selepas 100 billion tahun dalam syurga,

kita tanya Allah "sampai bila?"
Allah kata "selama-lamanya."

Kalaulah duduk dalam syurga selama-lamanya pun sudah membuatkan kita berfikir sampai bila,

yang duduk dalam neraka?

Syukur kerana kita dipilih Allah jadi orang Islam.
Beriman kepada Allah itu sangat berharga.

La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah
None has the right to be worshipped but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah.
 
Amalkan doa ini:
“Ya Allah, akhirilah pengakhiranku ini dengan pengakhiran yang baik”
DAN
doa di post #144
(Wahai Tuhanku, andaikata Engkau memaafkan dan mengampuni dosa-dosaku,
maka bergembiralah para waliMu dan para NabiMu,
dan bersedihlah syaitan musuhku dan musuhMu,

dan andaikata engkau mengazabku kerana dosaku,
maka syaitan dan teman2nya akan bergembira.
Dan bersedihlah para Nabi dan para wali,
dan sesungguhnya aku mengetahui bahawa,
kegembiraan para wali menurutMu lebih disukai,
daripada kegembiraan syaitan dan teman-temannya.
Maka ampunilah aku.

Wahai Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dariku apa yg aku katakan,
Maka sayangilah aku, dan maafkanlah aku).




Terdapat sebuah hadith yang menunjukkan bahawa setiap amalan itu dilihat atau dinilai pada pengakhiran hidup seseorang itu jika baik maka baiklah dan jika buruk maka buruklah. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya:

Sabda Rasulullah SAW:

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.”
[Riwayat al-Bukhari (6607)]
 


MINIT 15.05
GOLONGAN YG MASUK SYURGA DULU?
1/ dermawan (AHLI SEDEKAH utk mak ayah, agamawan penceramah) masuk syurga dulu
2/
Kemudian, org ulamak/alim/ pendakwah
3/
Kemudian, Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan
sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
4/
Kemudian, orang yang mati syahid

P/S:
Mari bersedekah
dan mengaji/ menimba ilmu dan sharing ilmu :)
 
Bersakit-sakit dahulu (di dunia), bersenang-senang kemudian (di syurga)

Kalau hidup ni susah, byk masalah,

Nak sabar,
FOKUS kpd nikmat2 yg Allah telah berikan (dan yg akan diberikan untuk org yg soleh, bertakwa).

Masih banyak nikmat2 Allah yg melimpah.
Cukup anggota badan, masih boleh bercakap, berselawat, berzikir dan lain2.


MINIT 10 & MINIT 14.23
 
Last edited:

Batal Masuk Neraka (Barokahnya Ahli Ilmu)

- Keutamaan Menuntut Ilmu


 
Pahala Sabar Dihina dan Diejek (Korban Body Shaming) Di Akhirat

 

Kartu Sakti Dari Allah Pelebur Dosa

dan Menjadi Tiket Surga


 
Back
Top
Log in Register