BTC USD 82,763.7 Gold USD 4,097.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalan² Rasulullah Pada Malam AidilFitri

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
alquran1.jpg


1) Solat sunat tasbih: nabi menyarankan kepada kita melakukan solat sunat tasbih pada tiap-tiap malam. Andai kata tidak mampu, sekali seminggu. Andai tidak mampu jugak, sekali sebulan. Andai tidak mampu lagi, sekali setahun. Andai tidak mampu2 lagi, kerjakanlah sekali seumur hidup.

2) Qiamullail: Imam syafie pernah menyebut dalam kitabnya Al-um, bahawasanya ada 5 malam yang mana sangat mustajab untuk berdoa. 1) malam jumaat 2) malam aidil fitri 3) malam aidil adha 4) malam awal bulan rejab 5) malam nisfu syaaban.

3) Mandi sunat aidil fitri: ianya sangat mudah untuk dilakukan. Sebelum mandi mestilah berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah taala. Ia bukanlah terbatas setakat itu sahaja, bahkan segala apa sahaja amalan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, nescaya ianya akan dikira sebagai ibadah.

4) Makan sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri: ada riwayat yang menceritakan bahawa sebelum pergi bersolat sunat aidilfitri nabi akan makan buah tamar. Dan buah tamar yang dimakan oleh nabi adalah dalam bilangan ganjil. Ada yang menyebut 3. Ada jugak yang menyebut 5. Wallahua’lam.

5) Memakai pakaian yang suci: ia merupakan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Sesetengah ulama berpendapat bahawa jubah putih dan serban putih adalah pakaian hari raya yang terbaik. Namun begitu, pakaian yang lain tidaklah dilarang untuk dipakai asalkan ianya adalah pakaina terbaik yang dimiliki.

6) Memakai wangi-wangian: ia disunatkan kepada lelaki sahaja. Wanita tidak boleh memakai wangian yang baunya keterlaluan kerana boleh menjadi fitnah.

7) Banyakkan bertakbir: sebaik saja masuknya malam pertama bulan Syawal kita digalakkan untuk bertakbir sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya. Ini kerana selepas solat sunat fitrah stidak lagi disunatkan untuk bertakbir seperti mana sebelumnya.

8) Menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya: nabi pernah bersabda bahawa waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya fitrah. 0leh sebab itu solat sunat hari raya sunat dilambatkan bagi memberi peluang menunaikan zakat fitrah.

9) Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah: islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Lihatlah betapa senangnya untuk memperoleh pahala tetapi semuanya bergantung kepada ilmu seseorang.


images
 
Last edited:
terbaik tt.. good info... selamat hari raya....
 
bgus ni mengingatkan agr xtlupa...:D
tp amalan raya jrg dlupakan..:)paid amln pose je rmi lupa...:))
btol x TT..? :-?
 
bgus ni mengingatkan agr xtlupa...:D
tp amalan raya jrg dlupakan..:)paid amln pose je rmi lupa...:))
btol x TT..? :-?

Mandi sunat aidil fitri..yang ni aku tak penh miss..just nk mandi niat..sng jer...

Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah - ..yg ni je rasa dh tak dipraktikan oleh org kita...klu bole pegi nk plg dkt..balik nk berlari sbb lapor nk mkn ketupat
 
allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wa ashabihi....
 
Back
Top
Log in Register