BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah disyaki khatan budak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MANAMA: Pihak berkuasa di Bahrain semalam berkata, mereka menyiasat dakwaan mengenai seorang budak perempuan berusia lima tahun dikhatan pembantu rumahnya.
Sumber berkata, mangsa tinggal bersama bapanya di sebuah negara Teluk selepas ibunya - seorang warga Bahrain - diceraikan.

Katanya, pasangan itu bernikah enam tahun lalu dan berpisah tidak lama selepas mangsa dilahirkan.

Ibu mangsa mendapat hak penjagaan di Bahrain pada 2006 tetapi bapanya kemudian diberi hak sama selepas memfailkan permohonan di negara asalnya.

“Bagaimanapun, ibu mangsa diberi kebenaran melawat anaknya atau membawa mangsa pulang ke Bahrain untuk tempoh seketika,” katanya.

Menurut sumber itu, dalam lawatan terakhir ke Manama, wanita terbabit melihat anaknya pucat dan enggan makan.

Pemeriksaan perubatan kemudian mendapati kemaluan budak terbabit cedera dan disahkan dikhatan.

Bimbang keadaan lebih buruk berlaku, wanita itu enggan menyerahkan anaknya kepada bekas suami dan mendapatkan perintah mahkamah melalui peguam.

Sebuah mahkamah syariah turut melarang budak terbabit meninggalkan Bahrain.

Setakat ini pihak berkuasa mengesyaki budak terbabit dikhatan pembantu rumah bapanya. - Agensi
 
wah nakal nya pembantu rumah ni..tak bius2 terus sunat ke..bahaya tul
 
maid ni memandai je....

kang jadik lain lak...
 
tidak digalakkan khatan perempuan kerana ia mempengaruhi nafsu syahwat dia kelak hari .

di timur tengah , kempen jgn mengkhatan perempuan telah dilaksanakan ..
 
tidak digalakkan khatan perempuan kerana ia mempengaruhi nafsu syahwat dia kelak hari .

di timur tengah , kempen jgn mengkhatan perempuan telah dilaksanakan ..

kalau nk ckp bab ni
ada khilaf ulama' la
yg pntg cara ny betul
jgn menyeksa kan pompuan tu bila dah bersuami nanti
 
Back
Top
Log in Register