BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah dipaksa makan sampah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah mendakwa disuruh makan sampah dan juga makanan busuk oleh majikannya.

Selain itu, mangsa turut mendakwa dia dipaksa minum air sabun dan sering dipukul majikannya dengan tong dan pisau walaupun kesalahan dilakukannya tidak besar.

Berikutan tidak tahan dengan tindakan majikannya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam laporan yang dibuatnya, mangsa berusia 27 tahun itu mendakwa dia langsung tidak dibayar gaji sejak mula bekerja pada Februari lalu.

“Amah terbabit mendakwa dia pernah tidak diberikan makan empat hari pada awal September lalu. Amah itu mendakwa dia hanya diberikan tulang ikan dan sayur busuk sebagai makanan.

“Dia mendakwa majikan turut membakar kakinya menggunakan mancis dan memotong rambutnya tanpa sebarang sebab, selain diseksa setiap kali bangun pagi sebelum memulakan kerja,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, hanya kerana diarah mengerat epal, seorang amah mengamuk dan mengugut mencederakan sepasang suami isteri dengan pisau pemotong daging hingga memaksa mereka menyorok dalam bilik.

Amah terbabit kemudian dipujuk pengawal keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan amah terbabit.
 
banyak post briter pepagi ni bro..briter dari tamil nesan ada bro..:D:D:D
pon pon pon..sulat kaba lama..br jap lalu kat depan opis ni..:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register