BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amacam mau terangkan nih??

sapa nak start tanya soalan ..... ?
kita sama2 tolong kasi jawab ...
tak semestinya jadi ustaz / tok alim ... baru boleh islamkan org lain ...
 
sapa nak start tanya soalan ..... ?
kita sama2 tolong kasi jawab ...
tak semestinya jadi ustaz / tok alim ... baru boleh islamkan org lain ...

aku mulakan lah dulu dgn soalan aku, nanti juga akan ku sertakan jawapannya.

Soalan: Mengapa perlu ada agama? sedangkan semua agama menyuruh kita berbuat baik, semua agama ada balasan untuk baik dan jahat iaitu syurga neraka, semua agama ada tuhan yang satu, semua agama ada nama2 tuhan termasuklah Islam mempunyai 99 nama Allah.
So apa perlunya agama niee, sedangkan kalau tak beragama itu lebey mudah? Tak perlu nak ada nama dan kroni sana sini atau kelompok2.
 
Assalamualaikum

Wa'alaikumussalam....

Nak bincang ringkas je tentang topik ni...sbb saya ni bukannya pakar sangat...

Sebenarnya soalan non-muslim tentang muslim tu banyak kita leh soal balik kat diorang.

1) Sembahyang 5 waktu - membazir waktu, kalau nak kata membazir, diorang yang bakar duit untuk keluarga diorang yang meninggal dunia pun leh di katakan satu pembaziran jugak, itu tak termasuk mengotorkan alam sekitar, pagi-pagi dan petang-petang diorang bakar colok pastu hayun2 kat luar rumah (kat tokong mini) tu pun leh kata bazir waktu jugak kan.....ini point kita kalih tumpuan diorang, diorang mentaliti Tuhan tu kena wujud Fizikal depan mata, Muslim plak lain caranya.

2) Puasa Sebulan - Tak payah nak susah payah debat, kajian saintis pun mengatakan puasa yang di amalkan dalam ajaran Islam ni banyak manfaat dan faedahnya. Hanya orang-orang yang tak educated je yang tak tahu fadhilat Puasa di bulan Ramadhan ni.

3) Kahwin 4 - Menda ni tak wajib, sebenarnya, cuma non muslim suka bawa isu ni....ada hikmahnya, akhir zaman ni lebih ramai ladies dari lelaki, salah satu caranya untuk mendapatkan jodoh (nanti) adalah dengan cara berpoligami. Kita boleh petik atau quote jumlah penduduk yang mana ratio wanitanya lebih ramai dari lelaki. Allah buat setiap segalanya berasbab, bukan saje2. Malah firman Allah jugak menyebut.."kahwinlah kamu seorang, dua orang, tiga orang atau empat orang dari perempuan-perempuan yang beriman, dan jika kamu takut untuk tidak berlaku adil, maka kawinlah seorang sahaja.." (ayat mana saya tak pasti, kalau silap tolong betulkan). So kat sini tak ujud perkataan WAJIB, malahan boleh dikatakan salah satu cara untuk terangkan kepada non muslim, kahwin lebih dari satu ni TAK compulsory.

ok...ada apa-apa lagi teguran atau penambahbaikan, saya terbuka kepada teguran, kalau salah saya mintak ampun bebanyak.....:D:D:D
 
aku mulakan lah dulu dgn soalan aku, nanti juga akan ku sertakan jawapannya.

Soalan: Mengapa perlu ada agama? sedangkan semua agama menyuruh kita berbuat baik, semua agama ada balasan untuk baik dan jahat iaitu syurga neraka, semua agama ada tuhan yang satu, semua agama ada nama2 tuhan termasuklah Islam mempunyai 99 nama Allah.
So apa perlunya agama niee, sedangkan kalau tak beragama itu lebey mudah? Tak perlu nak ada nama dan kroni sana sini atau kelompok2.

Tengok soalan ni, teringat aku pada Dr Zakir Naik sewaktu menjawab soalan sorang atheis dan dalam majlis lain, dia berjaya mengislamkan seorang non muslim dengan jawapannya.

Subhanallah......
 
Salam to all..

Gua manyak fren non-muslim..

kekadang gua kena tanya pesal pompuan pakai hijab plus veil cenggitu sekali..??

ada pulak yg tanya pesal Islam suruh kahwin sampai 4??

ada gak yg tanya kalau puasa ramadhan kenapa sampai satu bulan..pesal tak seminggu ker??

ada plak yg tanya..pesal kena solat 5 waktu sehari semalam..siap diorang persoalkan kalau wat 5 waktu sehari semalam..kan byk waktu terbazir??

malah ada yg lansung tak tau apa itu Islam...

So, gua bukak thread nih untuk bincang apa aja permasalahan yg normally a non-muslim will ask us...so that when the time comes..we know how to respon in a correct manner that is satisfying to their level of understanding..

penting tu kan?? bukankah berdakwah itu satu jihad..??

marila kita bantu saudara non-muslim kita memahami apa itu Islam...

bayangkan..kita leh Islamkan 5 orang..pastu yang 5 pecah lagi 5...wow...bayangkan pahala overriding yg kita leh dapat...huhuhuh...ter MLM la pulak..(niat kena ikhlas ekk..Allah jualah yg lebih Mengetahui..kita wat bukan kerana pahala tau..)

meh kita book kediaman kita di syurga seawal yg mungkin...meh..meh semua sahabatku..


emm aku pon ada ramai gak member2 non muslim nie..
depa ni byk tanya pasal islam.. itu ini macam2 la.. penat nak jawab..

depa ni cakap orang melayu susah nak reveal pasal agama islam..
bila non muslim tanya kenapa? bgaimana? bila? utk apa?
org melayu cakap "u taktau nie.. ini agama kami.. u tadak paham punya la.."
kesian gak kat depa nie.. depa betul2 curious dgn islam tapi tersekat dgn pemikiran melayu..
maybe bkn semua malay macam tu..

ada satu masa tu, member aku ni Jun (non muslim - amoi) tgk member aku sorang lagi Din (malay muslim) tngah menggatal dgn amoi mana tah.. siap bule cium pipi lagi..

Jun ni pon dtg la tanya aku, bule ke muslim buat macam tu? bkn salah ke?
aku terkedu.. keciwa dgn perangai muslim2 macam2 Din tu..
 
Back
Top
Log in Register