alonso
CG Hardcore Club


- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
JEPUN - Pemandu Renault, Fernando Alonso meraih kejuaraan kedua berturut-turut dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) apabila memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di Litar Fuji Speed- way semalam.
Alonso ternyata mengambil kesempatan ekoran insiden kemalangan yang melibatkan pendahulu keseluruhan, Lewis Hamilton dan pesaing terdekatnya dari Ferrari, Felipe Massa pada pusingan kedua.
Bekas juara dunia sebanyak dua kali itu mencatat masa 1 jam 30 minit dan 21.892 saat, sekali gus meraih kejayaannya kedua musim ini sele- pas terlebih dahulu menjuarai perlumbaan sulung waktu malam GP Singapura bulan lepas.
"Amat sukar untuk saya percaya dengan apa yang berlaku," kata Alonso.
"Hari ini (semalam) kami beraksi tanpa sebarang kelebihan, tetapi kami berjaya menjadi juara. Rasanya, selepas kejayaan ini, saya mula percaya kami mampu untuk melakukan apa sahaja," tambah juara dunia 2005 dan 2006 itu.
Pemandu sensasi BMW Sauber, Robert Kubica pula memastikan dia masih lagi berada dalam saingan merebut gelaran juara dunia apabila menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:30.27.175s.
Pemandu Poland itu mula merapatkan jurang dengan Hamilton apabila ketinggalan 12 mata di belakang pemandu McLaren itu ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.
"Pada ketika ini, apa sahaja boleh berlaku dan 12 mata di belakang pendahulu memberikan saya sedikit harapan untuk melakukan kejutan," kata Kubica.
Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen pula melengkapkan kedudukan podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan cata- tan masa 1'30.28.292s.
Sementara itu, Hamilton yang memulakan aksi di petak pertama buat pasukan McLaren gagal mengutip sebarang mata apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.
Massa pula yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan i melonjak ke tempat ketujuh apabila pemandu Toro Rosso, Sebastien Bourdais dikenakan penalti 25 saat kerana kesalahan menghalang laluan pemandu Ferrari itu pada pusi- ngan ke-51.
Kedudukan itu membolehkan Massa merapatkan jurang kepada lima mata di belakang Hamilton.
Manakala pasukan Ferrari kini merampas kedudukan selaku pendahulu bagi kategori pengeluar dengan mengumpul 142 mata berbanding McLaren (135).
Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Shanghai sebelum perlum- baan akhir musim GP Brazil pada 2 November depan. - AP