BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Along silap mangsa

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Angkara sekumpulan ceti haram bertindak secara membabi buta tanpa usul periksa, seorang pemilik pusat jualan kenderaan terpakai mendakwa menjadi mangsa keadaan dan kerugian lebih RM20,000 apabila kereta jualannya disimbah cat oleh kumpulan terbabit.

Mangsa, Yap Soon Hwa, 40, berkata kereta jualannya di Jalan Klang Lama di sini, beberapa kali disimbah cat oleh ceti haram yang menyangka kedainya milik peminjam yang sedang mereka buru kerana gagal melunaskan hutang.

Untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, kumpulan ceti haram terbabit menggunakan botol arak diisi dengan cat sebelum dibaling pada kenderaan dan turut menyebarkan poster ugutan meminta membayar hutang mereka.

Menurut Yap, salah faham itu dipercayai berlaku akibat nama syarikatnya dan peminjam terbabit hampir sama selain lot kedai mereka yang bersebelahan.

Dalam kejadian terbaru pada 29 Jun lalu, enam kereta mewah dipamerkan di kedainya rosak akibat disimbah dengan cat hitam dan merah, manakala cermin sebuah daripada kenderaan itu pecah.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Sungai Way dan dimaklumkan sudah lebih 10 laporan polis dibuat terhadap pemilik kedai bersebelahan kedainya berikutan masalah jual beli kereta.

Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kejadian itu dikatakan berpunca akibat sikap ambil mudah segelintir peminjam wang haram.

“Apa yang penting kerja jalan, selepas baling cat mereka balik ke pejabat dan maklumkan kepada bos, kerja sudah siap, walaupun premis dijadikan sasaran itu silap atau peminjam asal sudah berpindah ke lokasi,” katanya.
 
gangster ni..
harap2 dihapuskan secepat mungkin..
 
Back
Top
Log in Register