zammmm
Super Active Member
- Messages
- 8,242
- Joined
- Oct 10, 2010
- Messages
- 8,242
- Reaction score
- 415
- Points
- 86
Ketika menghadap juadah petang berjamaah dengan anak-anak, kephok lekor yang saya belikan sewaktu pulang dari pejabat, siap bersila dan dengan lafaz basmalah yang pendek, saya terus menyuakan khepok ke dalam mulut, tiba-tiba saya menangkap satu suara halus lalu di telinga, “Allahumabaariklana fima razaqtana wa qina azaabannar.”
Isteri yang sedang membancuh air jambu batu HPA, tersenyum. Saya terkesima seketika. Isteri tersenyum lagi, panjang dan kali ini matanya pula saya lihat tersenyum. Dan saya, faham makna senyumannya itu. Saya memandang-mandang isteri dan anak sulung dengan perasaan yang bercampur-campur. Ya Allah, anak sulungku menegurku, biarpun spontan tak diduga tetapi bersih dan tulus dirasakan. Tulusnya, sebagai kesan dari proses tarbiyyah yang diberikan selama ini, ya Allah, alhamdulillah. Tidak terdetik langsung rasa marah kerana ditegur olehnya ketika-ketika perut ini sangat lapar bahkan, hati ini bersyukur kepada-Mu ya Tuhan, anak sulungku terdidik begitu. Dan yang paling terkesan di hati ialah, barangkali itulah teguran dari-Mu ya Allah. Ya Allah, ya itu teguran dari-Mu, saya optimis. Itulah tarbiyyah-Mu penuh hikmah sangat seni. Terima kasih pada-Mu ya Allah.
sumber