BTC USD 84,191.4 Gold USD 4,143.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

.Allah Menolak Satu Doa Rasulullah

Status
Not open for further replies.

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Allah s.w.t. menolak satu doa Rasullullah s.a.w.

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
 
ty bro..
tidak ku tahu ade doa Nabi x makbul
 
ha cmtu rupanya
 
terlalu jauh kalau nak dikatakan negara-negara islam tu bergaduh seeesama sendiri ... dalam malaysia ni ha ... tak payah jauh. akibat kerana politik dan kedudukkan .... imam dan makmum pun bergadus sesama sendiri. dalam masjid pun sama. tak dpt jawatan pengerusi masjid .. maka bermasam muka sampai ke penghujungnya.
 
mmg betul tu..
 
T.kasih tt byak memberi info..
 
Gud info TT
 
thanx TT..den xpenah tau..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register