Muhammad itu bukan dijadikan @ diciptakan. Muhammad itu TAJALLI Allah Taala
Ini akidah yg sesat.Muhammad saw tu makhluk Allah..
Dua ilmu batiniah rekaan manusia yg akan membuat manusia sesat dan kufur
1. Hakikat Nur Muhammad. Berbagai aliran
2. Martabat 7. Ibnu arabi
kebenaran yang ingin dirosakkan oleh kedua aliran tersebut adalah
"Allah itu tuhan yang satu..selain dari Allah adalah makhluk.
Nabi Muhammad adalah makhluk Allah dan baginda berasal dari keturunan Nabi Adam yg mana Adam berasal dari tanah.
Pengikut ajaran ini akan mengangkat martabat nabi Muhammad dari seorang nabi kepada kedudukan uluhiyyah yg bersifat ketuhanan..
Ajaran batiniah ni bukan baru ..dah beribu tahun dah..aliran batiniah lah yang merosakkan ajaran tauhid yg dibawa oleh nabi Isa as akhirnya menjadi agama triniti..nabi Isa diangkat sebagai anak tuhan..akhirnya tuhan itu menjadi 3 juzuk.. Allah,Isa dan ruh AL Quds..
Pada zaman khulafa al-Rasyidin aliran ini mula berkembang terutamanya di Farsi(Iran) dan dari situ ia berkembang ke India dan seterusnya ke nusantara..
Puncanya adalah masuknya aliran batiniah dan perlahan2 mereka mengubah tauhid yg diajar oleh nabi Isa a.s.
Sebagai seorang yg mentauhidkan Allah SWT..kita percaya setiap kesesatan itu bermula dari gerakan jin dan iblis/syaitan Kerana merekalah satu2nya makhluk yg bersumpah didepan Allah SWT UTK menyesatkan manusia.
.cara pemikiran dan tindakan mereka dalam merosakkan tauhid didalamkitab Injil sebenarnya agak berbeza sementelah kitab Injil tidak dipelihara sepenuhnya oleh Allah SWT. Sementara ALQURAN adalah kitab yg di pelihara sampai hati kiamat ..
Maksudnya Mereka (iblis dan syaitan) takkan mampu menggunakan manusia untuk mengubah walau satu ayat Al-Quran..
Tapi mereka tidak berhenti disitu..mereka memilih untuk mengubah makna alQuran..supaya makna yg diubah itu apabila diimani akan merosakkan akidah (tauhid) dan membuatkan seseorang Islam itu jatuh dalam kesyirikan.
Contohnya..Muhammad adalah cahaya ..Muhammad bukan makhluk..Muhammad berasal dari zat Allah.. ini lah kalam mereka yg percaya dgn aliran batiniah Nur Muhammad..
Dan yg paling parah...mereka merubah makna perkataan huwa didalam ayat pertama surah Al-Ikhlas kepada Muhammad..sedangkan maksud sebenarnya adalah Allah.
Bahkan didalam kitab hakikat insan yg mereka pegangi..ada satu bab bertajuk keesaan Muhammad..
'nauzubillah...
Semoga Allah menjauhkan kita keturunan dan zuriat keturunan kita dari ajaran sesat..dan mematikan kita semua dalam mentauhidkan Allah SWT.