BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Is NOT Only For Islam

Dalam bible tulis GOD
Lepas tuh mereka nak translate jadi bahasa melayu
Kalau translate bahasa melayu 'GOD' tu 'TUHAN'

Tapi skang sudah lain, kata Allah is for ALL RELIGION.
Tapi adakah ALL RELIGION serving to ALLAH accoding to its teaching?

Persoalan yg timbul dalam hati
 
Kalau bahasa melayu god is tuhan. Pakai je tuhan. Kalau kita bercakap pasal tuhan hindu, tuhan mereka ramai, tapi tuhan kita Allah tu satu. Kalau guna Allah jgk wujud kecelaruan dari segi bahasa..
 
Sebenarnya dari dulu lagi hanya ada satu agama iaitu agama Islam, satu Tuhan iaitu Allah. Satu2nya agama samawi adalah Islam. Dalam Al-Quran dah bagitau semuanya. Agama yang dibawa semua nabi adalah Islam.

Nabi Musa (Moses):
10:84. Dan Musa berkata, “Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepada-Nya, jika kamu benar-benar orang Muslim (berserah diri).”

Nabi Ibrahim (Abraham) dan Nabi Ismail (Ishmael):
2:127. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
128. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Nabi Yaakub (Jacob):
2:132 Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

Nabi Isa (Jesus):
3:52. Maka ketika Isa merasakan keingkaran mereka (Bani Israil), dia berkata, “Siapakah yang akan menjadi penolong untuk (menegakkan agama) Allah?” Para Hawariyyun (sahabat setianya) menjawab, “Kamilah penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang Muslim.

Nabi Sulaiman (Solomon):
27:30. Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
27:31. janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri (Muslimin dalam bahasa Arab).”

Nabi Muhammad:
3:19. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.

So, kesimpulannya jangan gaduh2 Nama Allah tu milik agama yg mana, hanya ada satu agama iaitu Islam dan satu Tuhan iaitu Allah.
 
Back
Top
Log in Register