BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

All discussion Piala Suzuki AFF

Status
Not open for further replies.
utusan...

indonesia ada dua player baru dari uruguey (34) dan belanda (22) baru dapat kerakyatan indonesia.. dijangka diturunkan menentang Malaysia..

cerita sebenar bace utusan dan metro..


p/s: bole menang ke tak ek.. erm.. seri pun ok lah..
 
Last edited:
Tim Malaysia

malaysia.png


Tim Indonesia

indonesiao.png
 
Penyokong Indon dah mula tunjuk perangai keindonannya.

Media Indonesia Gasak Rajagobal

SEHARI sebelum pertembungan Malaysia-Indonesia berlangsung, media tempatan mula mengasak ketua jurulatih, K Rajagobal dengan pelbagai soalan provokasi dan semuanya berkisar kepada semangat anti-Malaysia sekali gus memaksa campur tangan pengurus Indonesia, Andi Darussalam Tabusalla.

Soalan seperti mampukah Malaysia mengetepikan sorakan penyokong fanatik Indonesia dan bagaimana Malaysia berdepan puluhan ribu penyokong Indonesia seperti diutarakan wartawan tempatan pantas ditepis Rajagobal yang lebih berminat membicarakan soal persiapan pasukannya berbanding melayan provokasi itu.

“Kami ke sini untuk menyertai pertandingan dan itulah yang kami lakukan. Saya yakin pemain sudah bersedia bertemu tuan rumah,” kata Rajagobal.

Andi Darussalam pula mencelah dengan berkata, bola sepak tidak boleh dicampur dengan masalah politik dan beliau meminta penyokong Indonesia tidak terlalu mengikut perasaan dan berdisiplin pada pertemuan di Stadium Gelora Bung Karno, jam 7 malam waktu tempatan, hari ini. “Semuanya mahu mempersembahkan permainan menarik. Justeru tidak timbul persoalan seperti yang tuan-tuan timbulkan,” kata Andi pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Sultan, petang semalam.

Rajagobal ketika diminta mengulas formasi yang diterapkan, sempat bergurau dengan mengatakan ilham mencipta formasi itu hanya datang dalam mimpinya, malam ini (semalam).

“Saya mengamalkan formasi mengikut keperluan. Ada kalanya saya memilih menggunakan formasi 4-4-2 dan ada kalanya 4-3-2-1. Ia terpulang kepada keadaan. Tunggulah malam nanti. Mungkin ilham itu datang dalam tidur saya,” seloroh Rajagobal sekali gus meredakan sedikit asakan wartawan tempatan.

Beliau sedar Indonesia tidak akan sesekali rela tewas di tangan Malaysia dan menganggap kapten Indonesia, Bambang Pamungkas bakal menjadi duri dalam daging buat anak buahnya malam esok.

“Bambang pernah dua tahun bermain di Malaysia dan mungkin dia menyalurkan maklumat mengenai kekuatan Malaysia kepada jurulatihnya tapi saya tidak bimbang dengan keadaan itu. Kami juga tahu serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan Bambang. “Kami tidak memikirkan individu itu atau ini sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha mencipta peluang,” katanya.
 
“Bambang pernah dua tahun bermain di Malaysia dan mungkin dia menyalurkan maklumat mengenai kekuatan Malaysia kepada jurulatihnya tapi saya tidak bimbang dengan keadaan itu. Kami juga tahu serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan Bambang. “Kami tidak memikirkan individu itu atau ini sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha mencipta peluang,” katanya.

Bambang tahu kekuatan pasukan malaysia, tapi malaysia tahu kekuatan dan kelemahan Bambang orang je...
 
lagi satu.. buat la maindon.. kalau refree tiup wisel je tak kira sape salah pun mesti player2 indon horong refree.. sampai reff mengundur2 last advan kat indon.. psiko jgk tu.. kene tgok2 jgk tu..
 
thn ni Indonesia & juara bertahan Vietnam yg tuan rumah...
Indonesia bersungguh nak menang sbb xpenah menang, mcm Msia gak..
harap msia menang sbb gaya permainan msia dah maju sikit...

cuma kalau kalah jgn bg alasan sbb inilah antara punca bola kita jatuh...pandai bg alasan je..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register