quote : shamza
>>Kalau macam saya la, kalau dah tahap kritikal tu….biasanya saya mandikan dengan campuran setengah tutup Dettol dengan 1 baldi air(besar). pastu make sure lap kering, kalau ada hair dryer lagi baik. Untuk lebih berkesan, semburkan dengan cecair nyah kutu (lupa lak apa namanya sebab skang kat ofis, bendanya kat umah) One most important thing, jaga kebersihan sangkar. Najis dan air kencing kena selalu dibersihkan. Jangan letak sangkar ditempat lembap. Sekali sekala dedahkan arnab pada matahari (awal pagi atau lewat petang). Kalau dah tahap gaban tu, suntiklah Avermectrin. Gerenti cure…..Insya Allah….
>>Boleh guna Dettol, saya selalu gunakan bila mandikan arnab 2 minggu sekali. Just make sure ada2 bau je Dettol tu, jangan pekat sangat. Satu lagi, jangan mandikan bahagian kepala. Pastu bilas ngan air bersih sekali, baru lap kering. Tempat2 luka, leh sapu minyak gamat sikit2 je.
Kalau arnab bulu kembang tu (anggora), cuba beli sikat yang cam berus tu (kat petshop ada jual), sisir bulunya seminggu sekali kurang2. Dalam pada sisir tu ada gak kutu yang terkeluar.
Untuk elak lalat, saya biasanya lepas cuci sangkar, saya spray ngan campuran Dettol n Serai Wangi Alfi Hanif tu, campurkan setengah tutup je dua tu + air, masuk dalam spray botol kecik tu then spray pada lantai keliling sangkar. Jangan spray dalam sangkar, jaring atau arnab tu, kang kiok lak. Setakat ni memang takda lalat atau bau.
Penyebab kutu biasanya disebabkan persekitaran kurang bbersih, lembap atau berdekatan ngan ternakan seperti ayam itik. Dia boleh merebak ke arnab lain. Kalau dapat asingkan arnab yang kritikal tu sebelum kutu tu cari perumah baru.