BTC USD 82,703.9 Gold USD 4,190.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alkisah Mat Rempit (18 SG)

aku tak minat motor cc kecik..skang tgh start simpan duit nak angkat superbike :D
 
the_vangardx said:
aku tak minat motor cc kecik..skang tgh start simpan duit nak angkat superbike :D

fuyo.. kumpul duit investment kat forex kah?heehhe
 
the_vangardx said:
aku tak minat motor cc kecik..skang tgh start simpan duit nak angkat superbike :D

ko pun nk merempit jugak. tu cara nk bunuh diri namanya.....
baik ko simpan dlm tabung haji.. :-D lagi bagus ! hehehe. :smt023
 
aiyak..tanggal kapla?
boys n girls,plis dun try dis on de road!
 
Mat Rempit Junior terbang
(Harian Metro 300906)

KEPONG: Dua pelajar sekolah menengah yang cuba berlagak ‘Mat Rempit Junior’ menerima padah apabila lagak ngeri memotong beberapa kenderaan berakhir sejurus motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori membawa perabot.


Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa yang menunggang motosikal secara berbahaya tanpa memakai topi keledar melambung jatuh di atas jalan berhampiran pasar juadah Ramadan Taman Desa Jaya.

Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa ‘melekat’ di belakang lori terbabit sehingga menarik perhatian orang ramai.

Seorang saksi kejadian, Amran Tajuddin, 28, berkata beberapa minit sebelum kejadian kedua-dua remaja itu yang menaiki motosikal Honda EX5 memecut laju sambil memotong beberapa kenderaan di garisan tengah.

Bagaimanapun, cubaan mangsa untuk memotong sebuah lori secara berbahaya sebaliknya mengundang padah apabila motosikal terbabit merempuh lori berkenaan.

“Saya dan beberapa orang awam yang berhenti membeli juadah berbuka puasa segera mengangkat mangsa yang terbaring di atas jalan berlumuran darah.

“Remaja yang membawa motosikal terbabit cedera parah pada kaki kiri akibat tertusuk besi tajam menyebabkan isi daging kakinya terkeluar. Manakala seorang lagi rakannya yang membonceng di belakang patah kaki kanan,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang berada di tempat kejadian sempat bertanya kepada pembonceng motosikal yang duduk di atas jalan sambil mengerang kesakitan.

Remaja berusia 15 tahun itu mendakwa memberi amaran kepada rakannya yang berusia 14 tahun tidak menunggang terlalu laju.

“Saya jerit perlahankan motosikal dan jangan laju sangat tapi dia tak mahu dengar. Dia mahu tunjuk hebat.

“Tiba-tiba motosikal kami merempuh belakang lori dan saya terbang di atas jalan. Kaki saya sudah tak boleh bergerak lagi...sakit sangat abang!” kata mangsa.

Sementara itu, remaja yang menunggang motosikal terbabit hanya mampu merintih kesakitan sambil mulutnya berlumuran darah.

Kesesakan lalu lintas akibat kemalangan itu menyebabkan orang ramai membantu mencabut motosikal yang melekat pada lori terbabit, sebelum menghubungi Hospital Selayang supaya menghantar ambulans.
 
Mat rempit ni sebenarnya nak tunjuk kebal,
nyawa ada 3.
tu yang tak kesah tu.
 
byk ako tgk budak skolah dok buat aksi mcm nie..yg paling ako xsuka geng geng basikal rempit... xpadan muka hingusan..hisap rokot pastuh kumpul ramai2...nak je ako tempeleng sekor...

kalau ada vevent cam merdeka je..sibuk je diorg nie..esok besaq nak jadi rempit la tue..
 
StanNero said:
byk ako tgk budak skolah dok buat aksi mcm nie..yg paling ako xsuka geng geng basikal rempit... xpadan muka hingusan..hisap rokot pastuh kumpul ramai2...nak je ako tempeleng sekor...

kalau ada vevent cam merdeka je..sibuk je diorg nie..esok besaq nak jadi rempit la tue..

A'ah skrg nie merimpit bukan dgn motor je...dgn basikal pun ada gak skrg,,,,
 
m13jump said:
Perghhhh ngeri tu...
klau tak insap gak mat2 rempit yang lain tu tak tau la.

pagi tadi pun ade aksiden ngeri gak masa gi opis...
tengok mamat tu dah tertonggeng celah kedua2 tayar lori antu.
biasanya mat mat rempit tak kire la rempit moto ke basikal ke lori ke kereta ke jet ke dorg tengok gambar ni terus insaf.. tapi insaf sehari ajer la :-D ..
lepas tu rempit lagi...
lain la kalau kena kat diri sendiri.. tapi kalau ikut gambar tue.. kena kat diri sendiri pon memang tak sempat dah nak insaf :-D

Ni ada gambar gambar yang bleh diklasifikasikan sebagai ngeri jugak lah.. :-D

[IMG:799:484:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident1.jpg[/img:961d0ee8f4]

[IMG:799:486:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident2.jpg[/img:961d0ee8f4]

[IMG:798:489:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident3.jpg[/img:961d0ee8f4]

[IMG:797:486:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident5.jpg[/img:961d0ee8f4]

[IMG:796:484:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident6.jpg[/img:961d0ee8f4]

[IMG:800:486:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident7.jpg[/img:961d0ee8f4]

[IMG:797:487:961d0ee8f4]http://i102.photobucket.com/albums/m102/zuljaalaa/accident8.jpg[/img:961d0ee8f4]

kalau nak tengok jangan tengok sebelum makan.. lepas makan takpe :-D
macam aku ni tak kesah nyer.. sambil makan pon selambeeww tengok :badgrin: :badgrin: :badgrin:
 
adehhhhhhhhhh ... mengerikan .

tapi biasalah keseronokan tu mengatasi segalanya ...
 

Latest Threads General Chat

Back
Top
Log in Register