BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Ke Ibu Kota Sesak Malam Ini - LLM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
ffa514bc9da70f3a3e3638d11c21f0d569c2ad2664dfa

fb Lembaga Lebuhraya Malaysia

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan mengalami kesesakan malam ini berikutan orang ramai bergerak pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan di laluan Gopeng menuju ke Tapah hingga ke Bidor akibat kemalangan,

"Insiden melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal di KM347.1 itu telah menyebabkan aliran trafik terganggu walaupun urusan pembersihan di lokasi telah selesai sepenuhnya 9.15 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dilaporkan perlahan di laluan Sungai Perak ke susur keluar Ipoh Utara serta pergerakan kenderaan dari Pematang Pauh menuju ke Perai.

Di bahagian selatan, trafik dilaporkan mula perlahan antaranya dari Pedas Linggi hingga ke susur keluar Port Dickson.

Bagi pengguna yang menghala ke arah Johor pula, kesesakan dikesan berlaku dari Simpang Renggam menuju ke Sedenak disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi malam ini.

Sementara itu, aliran trafik bagi pengguna dari Pantai Timur dilaporkan mula perlahan dari Karak menuju ke Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak yang menyaksikan pertambahan kenderaan secara konsisten.

Beliau turut memaklumkan terdapat satu kejadian kemalangan di Lebuhraya ELITE di KM21.9 dari Gamuda Cove menghala ke Putrajaya yang turut menjejaskan kelancaran trafik di sekitar Lembah Klang.

Pihak LLM meramalkan aliran trafik ke ibu kota akan terus memuncak dan mencapai tahap maksimum pada Sabtu ini berdasarkan unjuran data perjalanan warga kota yang pulang ke kampung sebelum ini.

 
Back
Top
Log in Register