BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Sesak Petang Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
707ab2d48c2a247caf900c0d657ff97c69c10efe9b0e0

--kredit Lembaga Lebuhraya Malaysia

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara sesak teruk setakat 5 petang ini susulan pertambahan kenderaan warga kota yang pulang ke ibu negara selepas Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 melibatkan kedua-dua arah utara dan selatan akibat pergerakan serentak orang ramai.

“Bagi arah utara, kesesakan dikesan di banyak lokasi antaranya dari Sungkai ke Bidor, Bidor ke Tapah, Gua Tempurung ke Gopeng dan Changkat Jering ke Taiping Utara.

“Aliran trafik paling perlahan antara Kuala Kangsar ke Terowong Menora sepanjang sembilan kilometer (km) dengan kelewatan mencecah 30 minit berikutan jalan berbukit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu di selatan, kesesakan luar biasa berlaku di sektor Johor, terutamanya dari Machap ke Yong Peng menghala utara dengan barisan kenderaan sepanjang hampir 20 km.

“Lokasi yang turut terjejas termasuk dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Senawang serta kawasan selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala pusat bandar.

“Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak hanya bagi arah barat manakala arah ke timur lancar,” katanya.

Jurucakap LLM memaklumkan aliran trafik tinggi dikesan sepanjang 15 km dari Karak ke Plaza Tol Bentong dan berlanjutan sehingga ke Lentang.

Trafik selepas Terowong Genting Sempah menuju Plaza Tol Gombak juga perlahan sepanjang sembilan km sebelum memasuki Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

 
Back
Top
Log in Register