soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Aida Adilah Mat
[email protected]
Kuala Lumpur: Hasrat pelumba wanita negara, Siti Nur Alia Mansor yang kini bersama pasukan profesional dunia Canyon-Sram Racing untuk membuat penampilan pertama di Eropah tidak kesampaian apabila mengalami kecederaan.
Alia disenaraikan untuk memulakan aksi pertamanya pada Il Liga Interautonomica De Feminas dan I Trofeo Dulcinea bersama-sama Agua Marina Espinola Salinas (Paraguay), Valentine Nzayisenga (Rwanda) dan Llori Sharpe (Jamaica) pada Sabtu dan Ahad lalu.
Namun terpaksa melupakan hasrat itu apabila terbabit dengan kemalangan ketika menjalani latihan.
Nyata keadaan itu amat mengecewakan pelumba kelahiran Terengganu itu terutama ketika berusaha keras untuk disenaraikan dalam skuad utama Canyon-Sram Racing.
"Saya mengalami kecederaan apabila terjatuh pada sesi latihan pusat pasukan. Pada mulanya ia tidaklah sakit sangat tapi selepas beberapa ketika ia kembali terasa sakit di bahagian belakang sebelah kiri.
"Kecederaan itu membuatkan saya rasa berdenyut-denyut dan tidak selesa terutama ketika berkayuh malah Pengarah Sukan kelab, Adam Szabo dan juga fisiotrapi pasukan juga tidak membenarkan saya menyertai perlumbaan itu," katanya.
Alia ketika dihubungi berkata, dia ketika ini sudahpun di bawa bertemu doktor dan menjalani Pengimejan resonans magnetik (MRI).
Bagaimanapun keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa hari lagi dan berharap agar kecederaan yang dialami itu akan segera sembuh.
"Saya harap kecederaan ini tidak serius kerana misi saya di Eropah ini masih belum selesai.
"Saya mahu buktikan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai pelumba berbakat dan saya mahu gunakan sepenuhnya peluang yang ada ini untuk menimba pengalaman yang menyertai sebanyak mungkin perlumbaan," katanya