BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Alea iacta est" - Julius Caesar

protoculture

Active Member
Messages
1,018
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,018
Reaction score
111
Points
33
"Alea iacta est" - Julius Caesar

Nukilan Protoculture

M808304.jpg

Semuanya bermula apabila Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon dengan bala tenteranya pada tahun 49 SM. Dengan berkata, " Alea iacta est / The die is cast / Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Julius Caesar dengan sengaja melanggar peraturan Republik Rom yang melarang mana2 jeneral Rom memasuki Itali bermula di Sungai Rubicon dengan pasukan tentera mereka.

Tradisi pantang larang itu bertujuan memastikan para jeneral hanya boleh masuk ke Itali wilayah kekuasaan Rom dengan membubarkan pasukan tentera mereka di luar Itali bagi mengelakkan jeneral gila kuasa melakukan rampasan kuasa.

Tindakan Julius Caesar yang menyeberangi Sungai Rubicon dengan bala tenteranya mencetuskan peperangan saudara Rom selama 5 tahun dimana puak Populares yang dipimpin Caesar - Marc Anthony - Octavius vs puak Optimates dipimpin Pompey - Scipio - Varus. Kekalahan perang saudara blok Optimates pada 45 SM, akhirnya membawa bibit2 kebencian blok Optimates diwakili para senator Optimates membalas dendam kepada pembunuhan Julius Caesar pada tahun 44 SM.

Apakah natijah kesan pembunuhan Caesar? Ya, rakan2 karib Caesar seperti Brutus juga mengambil keputusan membunuh Caesar kerana ingin mempertahankan demokrasi Republik Rom. Ini kerana Caesar adalah jeneral supremo Rom yang berjaya menguasai minda rakyat dan tentera sehinggakan dia sendiri sudah jadi ibarat seorang bakal diktator yang takkan tunduk pada senat Rom. Yang ironisnya, kematian Caesar membawa pada peperangan saudara yang berakhir dengan kemenangan sekutu Caesar, diikuti pula pengkhianatan demi pengkhianatan antara sekutu Caesar itu sendiri (Augustus Octavian Caesar vs Marc Anthony) dan berakhir dengan penaklukan Mesir dijajah Rom dan tamatnya dinasti Firaun Ptolemy Mesir. Setelah itu demokrasi Republik Rom berakhir dengan Augustus Caesar dilantik sebagai Maharaja Empayar Rom yang pertama dan memperkenalkan pemerintahan beraja monarki di Rom.

Legasi Julius Caesar pula amat besar pada Rom. Ini kerana impian Julius Caesar untuk menjadi diktator berkuasa mutlak telah punah, tapi direalisasikan oleh Augustus Caesar yang memanipulasi sentimen rakyat pro-Caesar dengan menabalkan dirinya sebagai Maharaja Rom berkuasa mutlak (setelah menakluk Mesir dan menamatkan riwayat sahabatnya Marc Anthony). Nama Caesar diabadikan kekal sebagai gelaran pada Maharaja Rom sehinggalah berakhirnya Empayar Rom Baizentin di tangan Khilafah Uthmaniyyah pada 1453.

Gelaran Caesar masih digunapakai oleh Empayar Rum Baizentin Timur selepas kejatuhan Empayar Rum Barat. Tapi pada era 1000an Masihi -1400an Masihi, gelaran Caesar "diturunkan" kepada waris Maharaja Rum Baizentin (setaraf Raja Muda). Malah pada era itu turutan adalah seperti berikut, Augustus / Autokrator (Maharaja) diikuti Caesar (Raja Muda), Sebastokratōr, Despotēs, dan Mégas Doméstikos. Terma Caesar pula diwarisi Maharaja Russia Kristian Ortodoks dengan gelaran "Tsar / Czar".

Gelaran Caesar turut diwarisi secara simbolik oleh Sultan Muhammad Al-Fatih setelah baginda dan tentera bani Uthmaniyyah menakluki Constantinople pada 1453 dengan gelaran "قیصر روم‎ " - Kayser-i Rûm dalam bahasa Turki. Malah pimpinan tertinggi Gereja Kristian Ortodoks Timur iaitu Patriach Gennadios II bagi Gereja Ekunumikal Constantinople mengiktiraf Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai pemilik gelaran Caesar yang sah. Menurut sarjana Baizentin iaitu George Trebizond menulis mengenai warisan gelaran Caesar kepada Sultan Muhammad Al-Fatih seperti berikut, " Kekuasaan Empayar Rom ialah Constantinople ... dan baginda yang sekarang dan kekal sebagai Maharaja Rom juga adalah Maharaja bagi seluruh dunia."
 
Last edited:
TT silalah letak sumber cerita ni sekali.. ni untuk dijadikan rujukan
 
TT silalah letak sumber cerita ni sekali.. ni untuk dijadikan rujukan

Maklumat ni sebenarnya adalah hasil rumusan ringkas saya mengkaji tentang impak Julius Ceasar ke atas Empayar Rom.

Kalau nak letak sumber wikipedia pun, ada banyak page yang membahas sejarah ini. Ini bermula dari sistem awal demokrasi Republik Rom, kebangkitan Republik Rom sebagai kuasa besar setalah mengalahkan Empayar Yunani Hellenistik serta Empayar Carthage dan perluasan kuasa Republik Rom di Eropah dan menjadi Empayar.

Ia turut merangkumi period kebangkitan Julius Caesar, kempen beliau di Eropah dan siri2 peperangan saudara blok Populares vs blok Optimates, pertembungan kelas bangsawan konservatif vs kelas pertengahan / bawahan rakyat marhaen yang liberal ... serta permainan politik talam dua muka Senat Republik Rom.

Banyak lagi termasuk peperangan saudara selepas kematian Julius Caesar, pengkhianatan yang berlaku dikalangan sekutu Caesar sendiri dan penaklukan Mesir oleh Rom.

Tak larat lah saya nak kupas satu persatu.
 
ooh mcm tu.. tqvm tt buka thread ni :)cgrock
 
ustaz auni ada cerita gak pasal julius ceasar dan issabela..
 
agak2 julius ceasar ni idup zaman khalifah atau nabi?

Dia hidup berkemungkinan era Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dimana masa ni Baitulmuqaddis jadi tanah jajahan Romawi. Beliau mati 43-44 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS.
 
Back
Top
Log in Register