BTC USD 82,625.9 Gold USD 4,117.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Album Adele 21 laris

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LOS ANGELES 27 Dis. - Album terbaru Adele, 21 yang menyajikan keunikan suara penyanyi terkenal Britain itu dan diiktiraf sebagai album terlaris di Britain pada abad ini dipilih menjadi Album Terbaik 2011.

Kebanyakan pengkritik memuji Adele memiliki suara yang menakjubkan dan persembahan yang penuh emosi, selain ramai yang sukar mempercayai bagaimana penyanyi berusia 23 tahun itu mempunyai suara yang jauh lebih matang daripada umurnya.

Album ini telah memecahkan banyak rekod termasuklah berada selama 29 minggu di kedudukan teratas carta Ireland, memperolehi anugerah platinum sebanyak 14 kali di United Kingdom (UK), mengungguli carta 26 album dari seluruh dunia dan ketika ini berada di kedudukan keenam pada carta album UK selepas 47 minggu tersenarai.

Album Let England Shake oleh penyanyi PJ Harvey pula berada di tangga kedua.

Album yang menawarkan 11 lagu PJ Harvey ini turut memenangi Mercury Prize 2011.

Tempat ketiga pula menampilkan album penyanyi Florence and The Machine, Ceremonials selepas mengungguli carta UK, Ireland, Australia dan New Zealand.

Album yang menawarkan suara yang unik itu memperolehi mata 77/100 daripada Metacritic dan 4/5 daripada pengkritik muzik James Christopher Monger.

Born This Way, album penyanyi Lady Gaga menduduki tangga keempat. Album itu pernah muncul di tangga teratas carta album di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, UK, Ireland, Sweden, Australia, Perancis, New Zealand dan Jepun.

Album tersebut turut pernah berada di kedudukan teratas carta 29 album terbaik di seluruh dunia, selain memperolehi anugerah platinum sebanyak empat kali di Rusia.

Kumpulan rock Radiohead dengan album The King of Limbs pula menduduki tangga kelima, walaupun sebelum ini penerbitannya tidak diperbesar-besarkan.

Album itu turut dicalonkan dalam lima kategori pada Anugerah Grammy yang ke-54 awal bulan ini. - AGENSI
 
Back
Top
Log in Register