fine net
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,408
Paid Membership
- Joined
- Apr 5, 2007
- Messages
- 43,408
- Reaction score
- 340
- Points
- 136
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT PADA
26 JULAI 2002M / 15 JAMADIL AWWAL 1423H
ALAM BARZAKH
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya menyeru pada diri saya sendiri dan tuan-tuan sekelian, agar bertaqwa kepada Allah, agar bertaqwa kepada Tuhan Pencipta sekelian alam. Bertaqwalah kepada Allah sebelum datangnya kematian, kerana sesungguhnya kematian itu adalah satu perkata yang kita tidak boleh lari darinya. Tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda, sihat atau sakit, setiap dari kita pasti akan merasai kematian. Maka bertaqwalah kepada Allah. Bertaqwalah kepadaNya dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Maasyiral Muslimin rahimakumullah,
Setiap hari pasti ada orang yang meninggal dunia. Setiap hari pasti ada orang yang ditanam di dalam kubur. Dan setiap hari pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah kehidupan dunia ini. Yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Yang hidup pasti akan mati. Kita di atas dunia ini hanyalah seperti seorang musafir yang berhenti sebentar di sebuah kota. Dan sebentar lagi kita akan meneruskan pelayaran kita ke alam barzakh. Marilah kita tanya diri kita pada hari ini: Apakah persiapan kita menghadapi alam kubur? Apakah persiapan kita bagi meneruskan pelayaran kita ke alam akhirat?
Setiap diri akan merasai kematian. Dan sesungguhnya kamu akan dibalas perbuatan kamu pada hari Kiamat. Maka barangsiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan kehidupan dunia ini hanyalah satu kesenangan yang memperdayakan.
Inilah janji Allah. Setiap dari kita akan merasai kematian. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, kita semakin dekat dengan alam kubur. Tetapi kita tidak tahu bilakah saat kematian kita. Adakah sebentar lagi? Adakah esok? Adakah lusa? Adakah kematian kita datang mendadak dan tiba-tiba? Atau kita kematian datang selepas kita merana kesakitan. Kita tidak tahu. Dan kita tidak mampu berbuat apa-apa tentangnya. Kerana kematian adalah urusan Allah s.w.t.
Apa yang boleh kita lakukan adalah membuat persiapan menghadapi kematian. Katakanlah, kita diberitahu bahawa bekalan air di rumah kita akan terputus bila-bila masa sahaja. Apakah yang akan kita lakukan? Adakah kita biarkan sahaja sehingga berkalan air kita terputus? Atau kita dengan segera membuat persiapan menyimpan air di banyak baldi? Kerana bila-bila masa sahaja bekalan air kita boleh terputus.
Saudara-saudara sekelian, begitulah perumpamaan kehidupan kita di dunia ini. Kematian kita boleh datang bila-bila masa sahaja. Kita tidak tahu bila. Adakah kita biarkan sahaja sehingga datang kematian tersebut? Atau kita bersegera membuat bekalan untuk menghadapi kematian tersebut?
Dan tahukah kita bagaimanakah keadaan dalam alam kubur?
Ketahuilah saudar-saudara sekelian, bahawa kubur adalah tempat yang gelap dan sempit. Orang-orang kafir dan yang banyak melakukan dosa dan maksiat akan mendapat kubur yang amat gelap gelita. Akan tetapi orang-orang soleh akan mendapat kubur yang terang. Begitupun, terangnya kubur mereka tidaklah seperti terangnya siang hari, tetapi seperti malam yang diterangi oleh bulan purnama.
Dan ketahuilah bahawa setiap manusia yang masuk dalam kubur akan dihimpit oleh kubur tersebut. Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa kubur akan menghimpit mayat tersebut sehingga hancur luluh tulang-tulang rusuknya. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w pernah berdoa agar Allah meringankan himpitan kubur atas anaknya Zainab. Saudara-saudara sekelian, kalau anak Rasulullah Zainab tidak terlepas dari himpitan kubut, apatah lagi kita yang banyak melakukan maksiat? Adakah kita menyangka kita boleh terlepas dari himpitan kubur? Maka bertaubatlah dengan segera. Tinggalkan maksiat dan bersegera melakukan kebajikan agar dapat menghapus dosa-dosa kita. Sebelum kematian kita datang mendadak dan tiba-tiba kita mendapat diri kita di dalam kubur, dihimpit dalam keadaan gelap gelita. Ketika tersebut, tiada gunanya sesalan.
Saudara-saudara sekelian,
Kubur boleh menjadi salah satu taman syurga bagi mereka yang beramal soleh. Tetapi kubur juga boleh menjadi lubang neraka bagi mereka yang banyak dosa. Orang-orang yang banyak melakukan dosa dan sedikit pahalanya, akan mendapati kuburnya sempit sehingga hancur luluh tulang-tulangnya, gelap gelita sekelilingnya, tiada berteman kecuali ulat, ulat, kala jengking dan segala serangga yang berbisa. Malaikat akan datang dan memukulnya dengan tukul besi sehingga terpekik mayat tersebut kerana kesakitan. Pekikan tersebut boleh didengar oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin. Begitulah keadaannya sehingga hari Kiamat. Ketahuilah saudara saudara sekelian, kita hidup di dunia ini tidak lama. Jarang kita dengar mereka yang sampai 100 tahun. Tetapi kehidupan kita di alam kubur lebih lama, terlalu lama. Bayangkan, orang yang mati 1000 tahun dahulu, masih lagi diazab kerana hari Kiamat belum tiba.
Maka janganlah kita terpedaya dengan nikmat dosa yang sebentar, yang boleh menyebabkan kita merana di kubur beribu tahun lamanya. Ini belum lagi di hari akhirat. Dan apabila kita merasai kepenatan beribadat, keperitan berpuasa dan bersolat, ingatlah bahawa kepenatan tersebut hanya sebentar sahaja. Sedangkan ia boleh menyebabkan kita berihat di kubur beribu tahun lamanya. Dan ini belum lagi balasan syurga di akhirat kelak.
Maka janganlah rasa malas dan bosan melakukan ibadat. Dan janganlah kita berseronok dengan nikmat yang sementara yang membawa dosa. Ingatlah, kita ini hanya seorang musafir yang tumpang lalu di atas dunia ini.
aku search psl alam barzakh..aku jmpe artikel nie...
Pergi Tak kembali..
http://www.youtube.com/watch?v=0XgJ7mEtACskorg bleh donlot artikel original dr sini
Pergi Tak kembali..
Tambahan: Ceramah mengenai kehidupan alam barzakh
Real Audio 1
Real Audio 2
Real Audio 3
Real Audio 4
Real Audio 5
Real Audio 6
Real Audio 7
Real Audio 8
Real Audio 9
Real Audio 10
Real Audio 11
Real Audio 12
Real Audio 13
Real Audio 14
Sumber
p/s:klu x bleh donlot,bleh klik kt sumber..donlot direct situ..

(
((
Real Audio 1
Real Audio 2
Real Audio 3
Real Audio 4
Real Audio 5
Real Audio 6
Real Audio 7
Real Audio 8
Real Audio 9
Real Audio 10
Real Audio 11
Real Audio 12
Real Audio 13
Real Audio 14
Sumber
p/s:klu x bleh donlot,bleh klik kt sumber..donlot direct situ..
Last edited: