Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,778
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,778
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Al-Hurifi desak Al-Nassr singkir Ronaldo
RONALDO FOTO:AFP
LAGENDA Al-Nassr, Fahd Al-Hurifi mengkritik Cristiano Ronaldo selepas kelab gergasi Arab Saudi itu dibelasah 0-4 oleh Al Ain dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Rabu.
Al-Hurifi yang pernah menjadi tonggak utama Al-Nassr menyifatkan kehadiran Ronaldo ketika ini tidak lagi memberikan manfaat yang diperlukan kelab sama ada dari segi prestasi di atas padang mahupun kejayaan memenangi trofi.
Malah, dia menggesa pengurusan Al-Nassr membuat keputusan tegas berhubung masa depan penyerang Portugal itu.
Ronaldo tidak menambah apa-apa kepada Al-Nassr dan kehadirannya tidak lagi penting kepada kelab. Dia perlu disingkirkan pada masa ini," katanya.
Kritikan itu turut ditujukan kepada pihak pengurusan yang menurutnya masih terlalu bergantung kepada Ronaldo meskipun pemain berusia 41 tahun itu semakin meningkat usia.
“Ronaldo tidak membawa trofi utama kepada Al-Nassr dan dari sudut pemasaran juga, kelab tidak mendapat manfaat daripadanya.
“Mengapa pengurusan masih menunggunya? Dia seorang pemain yang sudah berusia, tidak memberikan sumbangan yang diperlukan, tetapi pada masa sama menerima bayaran yang sangat besar tanpa memberikan manfaat kepada pasukan,” katanya.
Al-Hurifi turut mempersoalkan sama ada Ronaldo masih benar-benar memberi tumpuan kepada objektif utama Al-Nassr untuk memenangi trofi.
Menurutnya, Ronaldo kini dilihat lebih mengejar sasaran peribadi untuk mencapai 1,000 gol dalam kariernya berbanding membantu Al-Nassr meraih kejayaan bersama pasukan.
“Al-Nassr lebih besar daripada Ronaldo dan kita sudah melihat apa yang dilakukan Al-Hilal terhadap Karim Benzema.
“Mereka membuat keputusan untuk melepaskannya apabila merasakan pemain itu tidak lagi memberikan manfaat yang diperlukan. Kita perlu melakukan perkara sama terhadap pemain Portugal itu,” katanya.