BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Enayah sedia rawatan percuma

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KAMPUNG GETING - Perkhidmatan Kebajikan Al-Enayah yang menawarkan rawatan percuma dari rumah ke rumah bagi pesakit kronik mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk mukim Geting di sini.

:Pengerusinya, Dr Kamaludin Hanapi berkata, perkhidmatan yang disediakan percuma khusus untuk pesakit yang terlantar seperti pesakit strok, cacat anggota, penyakit kronik yang tiada harapan sembuh.

“Individu yang sakit tua turut diberikan rawatan di rumah mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran termasuk perkhidmatan dan ubat-ubatan.

“Jumlah pesakit yang menerima rawatan tersebut awal tahun ini mencecah 64 orang dan penghujung tahun ini meningkat kepada 71 pesakit dan kira-kira 50 daripadanya aktif menerima rawatan dari perkhidmatan ini,” katanya.

Menurutnya, rawatan untuk pesakit diadakan dari rumah ke rumah pada setiap Jumaat tanpa perlu hadir ke kliniknya.

Katanya, perkhidmatan kebajikan itu salah satu aktiviti Masjid As-Somadi, Geting mendapat sokongan padu dari semua pihak walaupun usia penubuhannya baru mencecah dua tahun.

“Saya bersama AJK Pengurusan Perkhidmatan Kebajikan Al-Enayah akan ke rumah pesakit setiap hari Jumaat untuk merawat mereka secara percuma.

“Memandangkan saya seorang sahaja doktor yang merawat mereka, pesakit ini akan bertemu dengan saya dua bulan sekali mengikut giliran kerana sekarang ini sudah ada 64 pesakit yang dirawat di bawah perkhidmatan ini,” katanya.

Dr Kamaludin berkata, apa yang dilakukan itu bermatlamat mengurangkan penderitaan pesakit kronik yang terlantar di rumah dan sumbangan lampin pakai buang serta makanan berzat juga turut diberikan kepada mana-mana pesakit yang layak.

Menurutnya, faktor kemiskinan juga diambil kira dan kebanyakan pesakit dari golongan daif kerana hidup mereka bukan sahaja dibelenggu kemiskinan dan dalam masa yang sama pula ditimpa musibah.

Ini kerana, katanya, terdapat ahli keluarga terlantar menhidapi penyakit kronik dan mereka ini tidak mampu untuk mendapat rawatan kesihatan atau mendapatkan makanan berkhasiat.

Dr Kamaludin berkata, dia sanggup memberi rawatan dari rumah ke rumah kerana yakin pesakit kronik berkenaan tidak mampu untuk berulang alik ke klinik.

“Mereka memerlukan kenderaan, perlu diusung jika ingin mendapatkan rawatan di klinik dan bagi keluarga daif, sampai bila-bila pun mereka tidak mampu.

“Kita amat mengalu-alukan orang ramai menyumbangkan bantuan untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pesakit yang daif kerana sumber kewangan untuk membantu pesakit ini hanya mengharapkan wang dari tabung Al-Enayah di Masjid As-somadi itu,” katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya dia seorang bertanggungjawab memberi rawatan kepada pesakit dan masih mampu menguruskannya dan jika bilangan pesakit kronik bertambah doctor tambahan diperlukan.

Malah katanya, soal kewangan juga faktor utama untuk mendapatkan ubat-ubatan dan juga lampin pakai buang bagi pesakit dan setakat ini kadar perbelanjaan pesakit mencecah RM700 sebulan dan pesakit yang memerlukan lampin pakai buang melebihi 20 orang.

Dr Kamaludin berkata, melalui perkhidmatan itu juga pihaknya akan memberi tunjuk ajar kepada pesakit menunaikan solat ketika terlantar sakit serta tanggungjawab keluarga terhadap pesakit.

”Sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan dialu-alukan kerana peruntukan merawat pesakit setiap bulan dianggarkan antara RM700 hingga RM800 dan kepada yang bermurah hati untuk menderma boleh menderma melalui akaun Al-Enayah Bank Muamalat 03010004257717,” katanya.
 
kampung geting kat mana ni eboss???

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
cadangan dr sy..

kita buat 1 tabung,coz bank muamalat tu ssh gak.
sesapa yg sanggup jd bendahari,guna maybank,sng warga cg nk mbb2u kan :)
cadangan eboss .hehehhe
 
Najib baru nak mulakan buat klinik2 kat shoplot, Dr ni dah 2 tahun buat free visit ke rumah2....... patut di contohi oleh Gomen!!!!

Geting ni kat Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Sapa shopping duty free kat Pkln Kubor, kalau hala ke pantai tu Geting la. Tempat ukur aras air untuk Kelantan dlm carta pasang surut....
 
Back
Top
Log in Register