rizalstudio
Active+ Member
- Messages
- 2,668
- Joined
- Jan 8, 2009
- Messages
- 2,668
- Reaction score
- 690
- Points
- 71
Bercerita pasal halal haram kerja, bila kita tau kerja kita ni buat haram,
Contoh 7eleven/Giant/Tesco/pelayan bar/bank/dan lain2, bukan tempat kerjanya tetapi apa yg kita buat.
Tak percaya?
10 perkara haram tentang ARAK antaranya Menjual dan membawa arak itu. Jadi siapa yang bekerja seperti itu?
Riba', siapa yang bekerja dalam sistem dan mengiyakan Riba'?
Dan banyak lagi...
Alasan mereka ialah ;
'Cakap halal/haramm boleh lah! Siapa nak tanggung keluarga aku! Kau??'
'Kalau darurat tak pe sebab aku darurat nk sara keluarga aku.. kalau x sapa nk bg makan??'
'Jangan cakap pandai, carikan aku kerja sblum sibuk halal haram!'
Jadi persoalannya sekuat mana iman kita untuk berubah?
Adakah sumber yang haram itu mengHALALkan setiap titisan darah dan daging yang mengalir dalam tubuh kita dan anak2 kita?
Kita sanggup berbuat dosa untuk sesuap nasi dan mengetepikan soal agama seolah2 perintah Allah cuma 'Tanda Amaran kat Kotak Rokok'
Kita pasrah dengan kerja kita sebab alasan kita 'Susah cari kerja lain'
Pengalaman saya, saya pernah berhenti 24jam disebuah pasaraya hanya kerana disuruh angkat dan susun arak, walaupun gaji ditawarkan amat besar untuk saya yang baru lepas SPM malah masa saya berhenti saya kecewa dan sedih kerana orang yang suruh saya angkat ialah orang Islam kita sendiri. Tanpa rasa teragak2 dia angkat minuman arak tu tanpa ragu2.
2-3 tahun lepas saya tiada kerja dan perniagaan saya mengalami masalah sehinggakan hampir 4 bulan duit rumah tak dapat dibayar apatah lagi duit sekolah anak pun dah lebih 6 bulan tak bayar. Duit yang dapat cukup2 untuk makan dan minum sekeluarga. (untuk makluman, isteri saya tidak bekerja dan sumber rumah hanya dari saya seorang, kerana tanggungjawap ALLAH kepada saya)
Nak tak nak saya terpaksa mencari kerja sebab terdesak sangat. Beratus application/email saya hantar kat Jobstreet dan lain2 untuk mencari kerja. Akhirnya satu permohonan saya diterima untuk datang interview di Johor Bahru. Saya ragu2 apa syarikat saya kerja. Setelah diinterview, manager tersebut berminat dengan resume dan pengalaman saya. Gaji yang ditawarkan hampir 5k tidak termasuk dengan pelbagai elaun, kemudahan lain termasuk makan. Malah yang menggembirakan, dia siap tunjukkan tempat duduk saya dan ruang kerja saya dan plan bila saya start kerja dan waktu kerja beserta terangkan 'employee handbook'.
Apa bila saya bertanya dimana area saya akan bekerja, rupanya2 syarikat yang mengoperasi disco dan pub. Walaupun kerja saya tiada kaitan dengan arak atau perempuan namun adakah saya yakin IMAN saya CUKUP KUAT untuk tidak menghampiri benda2 tersebut?? Malah saya sendiri cukup terdesak untuk mencari kerja.
Jika anda ditempat saya, apa anda akan buat?
Saya menolak kerja tersebut walaupun dipujuk oleh pengurus disitu. Sebab saya tahu rezeki Allah itu dimana2.
Dengan izin Allah, Allah memberikan rezeki yang lain kepada saya tanpa saya mengharap untuk menceburkan kepada sumber tidak halal untuk saya dan keturunan saya.
Wallahualam..
Yang penting ialah iman kita, jangan percaya dan yakin kata hati kita kerana musuh Allah takkkan henti membisik ditelinga kita.
Sesungguhnya mereka yang mati itu kebanyakkan dalam keadaan tidak bersedia, jadi kita yang masih hidup ini sampai bila nak bersedia?
