BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku 'gila' Elvis Presley

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
05hm36zh.transformed.jpg

KEE menunjukkan pelbagai koleksi piring hitam yang dikumpul sejak 1956.​


Georgetown: Biarpun legenda muzik Rock & Roll Elvis Presley sudah meninggal dunia 38 tahun lalu, irama muzik, lagu serta filem lakonannya tidak pernah dilupakan begitu saja.

Malah, minat mendalam terhadap Elvis mendorong bekas pekerja kilang Stephen Kee, 70, menyimpan pelbagai koleksi bintang popular itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Koleksi dimilikinya termasuk buku, piring hitam, gambar, poster membabitkan cenderahati yang dibeli, dihadiah dan dikumpul sejak 1956 dan semuanya masih elok disimpan sehingga kini untuk diabadikan sebagai kenangan dan memori paling indah dalam hidupnya.

Kee, dari Sungai Nibong, di sini, berkata, segalanya bermula sejak Jun 1956 apabila dia berpeluang menonton filem pertama lakukan Elvis iaitu 'Love Me Tender' di panggung Cathay di Kulim, Kedah dan ketika itu filem berkenaan ditayangkan di layar hitam putih.

Katanya, bermula dari situ minat terhadap Elvis timbul kerana raut wajahnya yang tampan, bersuara merdu dan popular menyebabkan dia menyimpan keinginan untuk meniru lagenda yang lahir pada 8 Januari 1935 itu.

Menurutnya, sejak itu dia membeli piring hitam lagu nyanyian Elvis selain gambar, buku, poster dan cenderahati untuk dijadikan koleksi peribadi dan sehingga kini, dia menyimpan lebih 30 piring hitam, 30 cakera video digital (DVD), 30 cakera padat video (VCD), 12 pita video, 100 poster, 200 poster serta gambar.

"Elvis meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 dan semua koleksi membabitkan mendiang saya simpan sehingga ke hari ini seolah-olah beliau masih hidup.

"Dulu harga piring hitam lagu Elvis tidak begitu mahal dan mudah diperolehi berbanding harga cakera padat (CD) yang dijual ketika ini agak susah diperolehi dan mahal.

"Malah ada yang dijual sekitar RM20 hingga RM100 sekeping kerana ia koleksi terhad.

"Sebut saja koleksi album lagu Elvis termasuk Elvis in Hawaii, Elvis Golden Records, Elvis Today, 50,000,000 Elvis Fan Can't Be Wrong, Elvis Soundtrack Album From The Metro Goldwyn Mayer, Pot Luck With Elvis, Today, Tomorrow and Forever, Elvis On Stage, Elvis Pure Gold dan Elvis Loving You, semuanya masih elok saya simpan," katanya.

Menurut Kee, minat terhadap Elvis tidak pernah luntur dalam jiwanya menyaksikan seluruh rumah serta bilik dipenuhi dengan pelbagai gambar dan koleksi barangan yang disimpan sejak lebih 59 tahun lalu.

Kee berkata, setiap hari dia pasti akan menyanyikan lagu popular Elvis termasuk Gil House Rock, Blue Hawaii, G.I Blues malah tidak akan melepaskan peluang menonton filem lakonan beliau termasuk That's A Way It Is, Elvis On Tours, Kiss Me Quick, Wooden Heart dan Surrender untuk menghiburkan hati sempena ulang tahun ke-38 kematian idolanya itu.

Menurutnya, nilai koleksi peribadinya itu mencecah RM50,000 termasuk ada yang dibeli di negara ini serta Thailand, Hong Kong dan Filipina, malah ada yang dihadiahkan beberapa rakannya, sekali gus menyebabkan koleksi itu amat berharga.

"Saya turut menyimpan hasrat untuk melawat rumah kediaman Elvis yang diberi nama 'Graceland' di Memphis, Amerika Syarikat satu hari nanti biarpun sebelum ini pernah merancang untuk pergi melancong ke negara berkenaan, tetapi tidak kesampaian kerana masalah kewangan," katanya.

keterangan dalam gambar



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75353
 
Back
Top
Log in Register