Aku mintak pendapat korang...
Dulu aku ada kawan dengan seorang budak lelaki namanya A. Lepas tu kita orang kawan dah lama sangat. Lepas tu kita orang berpisah dan terputus hubungan. Lama juga pintu hati aku tertutup untuk lelaki kerana terlalu kecewa.Bertahun aku memendam perasaan marah pada insan bernama lelaki dan tetiba ketika aku sedang melayan perasaan marah.Pintu hati aku terbuka untuk seorang lelaki ini dan namanya W.Daripada usikkan tetiba menjadi satu perasaan sayang masalahnya tanpa aku sedari yang cuba aku sayangkan itu rupanya milik insan lain.Si W ni pun kadangkala memberikan aku satu harapan...aku nak wat camna. Tetiba saat ini si A muncul tanpa diduga.Menagih kasih yang telah hilang.Mengharap perhubungan yang putus bersambung kembali. Kini hati aku berbelah bagi. Pada A aku marah sebab meninggalkan aku. Pada W aku jatuh cinta sekali lagi namun kepunyaan orang namun memberikan aku harapan. Si A akhirnya mengambil keputusan untuk meminang aku dalam tahun ini dan haruskah aku menerima dia sedangkan hati aku bersama dengan W. Aku nak mintak pendapat korang. Apa yang perlu aku lakukan....terima pinangan A atau masih setia menanti W. A terus mendesak mahu memiliki aku tapi hati aku tetap bersama dengan W yang telah dimiliki...