ViperX
Super Active Member

- Messages
- 9,306
- Joined
- Oct 10, 2016
- Messages
- 9,306
- Reaction score
- 2,390
- Points
- 211
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kerajaan sedang mengkaji secara terperinci untuk menggubal Akta Pembaziran Makanan daripada pelbagai sudut sebagai langkah mengelakkan pembaziran dalam kalangan rakyat di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, antara langkah lain dipertimbangkan adalah mengenakan denda ke atas pe*langgan di hotel dan restoran yang membazirkan makanan.
Malah, katanya, dengan adanya inisiatif itu pembaziran makanan dapat dikurangkan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Kerajaan turut melaksanakan langkah lain termasuk memper*kenalkan program ‘Food Bank Malaysia’ di bawah tanggungjawab Kementerian Perdaga*ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Lebihan makanan yang diperoleh daripada pasar raya besar seperti roti, sayur dan buah-buahan diagih kepada mereka yang memerlukan.
“Program ini dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan. Sekiranya pembaziran makanan dapat dikurangkan pasti secara tidak langsung akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub; Timbalannya, Sim Tse Tzin dan Ke*tua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan.
Dalam pada itu Dr. Wan Azizah mencadangkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan pertanian organik tanpa penggunaan bahan kimia demi kesihatan.
“Saya lihat pertanian di negara ini menggunakan banyak baja dan racun. Kita perlu berbalik kepada pertanian organik, melihat kepada (aspek) kesihatan dan apa kesan buruk kalau ada terlampau banyak bahan kimia ini.
“Apakah Malaysia boleh me*laksanakan pertanian organik ini? Ini yang saya lontarkan kepada kementerian untuk memikirkannya. Saya difahamkan lada hitam dihasilkan di Julau, Sarawak berkualiti tinggi dan kurang penggunaan racun pe*rosak, malah dibeli oleh Jepun dan Australia. Kita mampu me*laksanakannya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, pihaknya komited untuk meneliti akta tersebut termasuk bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan dan KPDNHEP.

Attachments
-
1.1 MB Views: 5