BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

aksi 'toyol' curi komputer riba

Rai¥an

Banned
Messages
2,052
Joined
Oct 2, 2011
Messages
2,052
Reaction score
77
Points
30

rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.


rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
sumber
 
Last edited:
dapat kena pukul makan tak abis

budak2 dok area tu rasanya
 
kecik2 dah mcm nie..dah besar ntt camner lah? #:-S
 
Aduhai.. Kecik2 dah pandai mencurik.. Ni silap2 kalau repot kat mak bapak haram nk pecaya ni.. Ehhh anak saya baik.. dengar cakap mak bapak..
 
mrka pergi sekolah belajar mencuri ni...
 
rasanya ada org suruh ni....
 
ni toyol high end ni:))
 
Back
Top
Log in Register