BTC USD 85,826.5 Gold USD 4,164.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ako mengaku berkhalwat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Pelakon Ako Mustapha bakal dijatuhi hukuman pada 21 April depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini setelah dia mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Islam dua tahun lalu.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad menetapkan tarikh tersebut setelah Ako semalam mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat pada 22 Januari lalu, iaitu sehari selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ako yang terkenal dengan drama Sephia didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan berhadapan hukuman denda maksimum RM3,000 atau hukuman penjara dua tahun.

Wan Mahyuddin memutuskan tarikh tersebut setelah dimaklumkan oleh peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Ako bahawa pihaknya tidak bersedia untuk membuat rayuan pada prosiding semalam.

"Saya baru dilantik hari ini. Justeru, saya mohon tarikh sebutan lain bagi menyediakan hujahan bertulis untuk meringankan hukuman," kata beliau yang turut tidak dibantah pihak pendakwa.

Pada 21 Januari lalu, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 38, yang gagal hadir kali keempat ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan khalwat telah dikenakan waran tangkap.

Ako memberi alasan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana pada tarikh sebutan kes itu dia masih berada di Sabah kerana baru bernikah dengan pasangannya, Kartina Shuib, 29, pada 17 Januari lalu.
 
Awat lama sangat tangguh kes nie
 
dah nk masuk umur 40 thn si ako ni....
 
dia khalwat ngn bini dia ke?
 
tak tau la..tp tu 2 thn lalu...klu betul yg bini skrg msh lg zina tu
 
tak tau la..tp tu 2 thn lalu...klu betul yg bini skrg msh lg zina tu

tak paham aku...jelaskan sikit...kalau dah jadi bini zina tang mana lak...~X(
 
dah dasar tak kenal dosa dan pahala. ajaran mana nie...
 
Back
Top
Log in Register