BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akhbar tipu imej Presiden Mesir

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_01.1.jpg

GAMBAR yang disiarkan akhbar Al-Ahram menunjukkan Hosni Mubarak berada di depan barisan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House pada Selasa lepas.

KAHERAH - Sebuah akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram dikecam kerana mengubah sekeping gambar supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilihat berada di barisan depan pemimpin yang menyertai rundingan damai konflik Israel-Palestin di White House, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar tersebut yang disiarkan di muka surat enam Al-Ahram edisi Selasa lepas diubahsuai dengan menggunakan perisian komputer.

Akhbar berkenaan dipercayai menggunakan teknik potong dan lekat' pada gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin dunia berada di White House.

Gambar itu menunjukkan Hosni berada di hadapan barisan pemimpin berkenaan dan beliau kelihatan seperti mengetuai rundingan damai Palestin-Israel.

du_01.2.jpg

GAMBAR asli yang menunjukkan Hosni Mubarak berada di barisan paling belakang (kiri) manakala Barack Obama mengetuai para pemimpin dunia lain di White House, Washington pada Selasa lalu.

Pada Rabu lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bertemu dengan beberapa pemimpin Asia Barat iaitu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pemerintah Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Washington bagi memulakan pusingan rundingan damai.

Selepas rundingan selesai, jurugambar-jurugambar merakamkan imej kumpulan tersebut dengan Obama berada di hadapan dan Hosni di belakang bersama pemimpin-pemimpin yang lain.

Sebuah akhbar Mesir, Al-Masry al-Youm melaporkan bahawa Al-Ahram telah melakukan 'pembedahan' supaya Hosni kelihatan memimpin barisan pemimpin dunia.

Namun, menurut agensi berita AP semalam, Ketua Pengarang Al-Ahram, Osama Saraya membidas kritikan terhadap gambar berkenaan.

Osama menyatakan dalam satu ruangan rencana pengarang semalam menyatakan, gambar tersebut bertujuan untuk menggambarkan Mesir mengetuai rundingan damai Asia Barat. - Agensi
 
lagi dhasyat akhbar luar negara.....
 
Kalo ada situ, aku bagi sepak terajanag je kat Natang Nahu tuh
 
hosni mubarrak tu cuma budak suruhan/balaci amerika & israel..jgn nk berangan la berada dibarisan depan..mmg lawak..haha:))
 
tak dengar nak saman ker?kalau malaysia dah berduyun saman....hehehe
 
xkan ler nak ader kat depan, pemimpin dayus nie
 
Back
Top
Log in Register